Penyangak curi guna tektik baru..

Thursday, February 19, 2015 PCL 12 Comments


berhati² ya.. walau di mana kita berada. Aku cukup risau dengan kejadian kes curi, ragut, rompak dan yang sewaktu dengannya semakin menjadi².

Pagi tadi, depan mata aku saksikan kes curi. Mamat motor sebelum kejadian awalnya dah berlegar² dua tiga kali dengan cara agak mencurigakan melalui kawasan depan pasar, ramai orang yang sedang sibuk membeli belah dan ada juga yang secara tak sengaja membiarkan bonet kereta terbuka.

Meletak barang² belian dan tinggalkan seketika tanpa pengawasan, kita sangka semua orang baik² hurmm.

Masa orang tengah sibuk ralit tu lah penyagak buat kerja, curi barang apa yang sempat terus pecut motor.

Orang ramai tak sedar penyagak sudah ada tektik baru. Jadi kita berhati hatilah..selalu beringat !


12 comments:

  1. Kena berhati2...org skrg ni mcm2..menakutkan,..

    ReplyDelete
  2. kecuaian diri sendiri yang membawa padah..kita rasa tempat ramai orang tu yang selamat tapi sebenarnya kat mana2 je boleh berlakunya jenayah...

    ReplyDelete
  3. Takutnya lah baca.kena berhati hati skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 benda2 ni tak terkena kat kita.sentiasa beringat2

      Delete
  4. Take care semua....
    Mereka tu tak usaha... Nak untung mudah jer...keje malas...

    ReplyDelete
  5. betul tu. Saya pun pernah juga. Depan mata saya peragut nak rompak beg duit Ah So tu. Mmf sy cuit dia dan tunjuk jangan dgn isyarat jari sy. Kalo dia buat gak, mmg kna terajanglah dgn sy jwbnya... tu dikhalayak awam tu...

    ReplyDelete
  6. wahai pemimpinku, laksanakan lah hudud di Malaysia ni :'(

    ReplyDelete
  7. betul tu PCL, sekarang ni kena lebih peka keadaan sekeliling, khasnya di tempat-tempat awam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju,.kat org ramai lg mudah diaorg buat kerja nak cilok sana sini senang sbb org ramai..

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.