Ralat sungguh la lelaki ketua keluarga, kalau ....

Wednesday, February 11, 2015 PCL 7 Comments

Lelaki ;

Bertapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarnya cabaran bagi seseorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Lelaki diuji dengan penglihatan yang menggoda iman.

Firman Allah : (Surah An Nur ayat 30-31)

"Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata (terhadap wanita), dan memelihara akan kemaluan mereka (menutupnya). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada mereka yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak darpadanya"

Berapa ramai yang telah kalah dalam menjaga pandangan dan kemaluannya?..

Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki.

Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, wajib jadi imam keluarga kena tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul.

Ralat sungguh laa...lelaki ketua keluarga, kalau sekali pon tak pernah jadi imam di rumah sendiri.

Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi Allah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri.

Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambah kecintaan kepada Allah.

Kita susuri kembali sirah ...siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini?

maka jawapannya tiada yang lain melainkan Muhammad Ya Rasulullah.

7 comments:

  1. Lelaki adalah imam kepada keluarga...Zaman skarang ni klau lelaki tak tahu jd imam pincangla sebuah keluaga..Lelaki yg baik adalah lelaki yg ada pegangan agama bertanggungjawap dan mempunyai sifat kasih sayang pd ahli keluarganya

    ReplyDelete
  2. Tanggungjawab lelaki sebenar lebih besar berbanding perempuan, dan sebagai suami, wajib didik isteri dan anak2 supaya dapat menjaga nama baik keluarga.

    ReplyDelete
  3. lelaki sama rumit dengan perempuan,

    ReplyDelete
  4. lelaki itu pelindung buat wanita dan imam sesebuah keluarga ^^

    ReplyDelete
  5. saya menjadi imam kpd isteri n anak2...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. tugas seseorg bernama lelaki sgt berat.. mendidik keluarganya..bertanggungjawab atas semua hal keluarga..

    ReplyDelete
  7. suami punyai tanggungjawab yang besar. amanah yang beast untuk dipikul. dan Rasulullah contoh ikutan terbaik.
    menjadi imam dirumah mempunyai kemanisannya

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.