Sukses Bab Cari Duit Tapi Hancus Bab Hubungan Kekeluargaan...

Monday, February 16, 2015 PCL 12 Comments


Bagaimana perasaan hati bila mendapat khabar tentang saudara sedang sakit di kejauhan?
Mesti ada perasaan nak sangat berjumpa, rmesti la kan...lagi-lagi  oarng yang sedang sakit itu adalah suadara terdekat.

Sebahagian keluarga mungkin ada masalah kewangan. Banyak perkara kalau sebab hal peribadi kita tak cerita mungkin orang tak tahu. Balik kampung atau bertandang dari satu destinasi ke suatu destinasi yang jauh jaraknya memang perlukan perbelanjaan banyak.

Ada ke orang lain fikir macam tu?   ..Tapi gini la senang cakap,  kita kena ada rasa tanggung jawab sebagai ahli keluarga, mengambil berat dan perihatin semampu yang kita boleh walau apa cara sekali pun.
Demi menjaga keharmonian dan silaturrahim keluarga ada yang sanggup bergadai harta. Kita cakap pasal keluarga yang sederhana dan kurang mampu; melihat dari faktor realiti iaitu pendapatan isi rumahnya..kemampuannya. Pening jugak kepala memikir nak-nak lagi belum terima gaji contohnya..

Keadaan sebegini menguji kemampuan seseorang  sebenarnya. Kita lihat dari prospek yang lebih luas lagi dalam keadaan keluarga sendiri dipinggirkan di mana kejayaan duniawi dikejar. Kebanyakan manusia dah tak kisah pasal hubungan kekeluargaan... dalam sebuah keluaraga ; aku mengharapkan kau dan kau pula megharapkan adik beradik lain menjalankan tanggung jawab. Semua nak lepas tanggung jawab yang sepaptutnya. Ramai je yang kita nampak dimana orang terlebih mampu kewangannya tapi bab keluarga hancus..pentingkan kerja lebih dari segalanya.

Okay ni kes lain, bab nak berbelanja dalam saat kecemasan; ..dalam sesebuah keluarag patut dan kena adakan tabungan dalam bentuk wang simpanan bank.Inilah solusinya kalau boleh dipraktiskan alhamdulillah sangat bagus. Kalau keluarga kita tak menggunakan wang simpanan tersebut mungkin juga boleh dipinjamkan kepada yang lebih memerlukan pada saat-saat genting.

Berjimat cermat dalam berbelanja itu boleh membawa berkat dalam kehidupan sesebuah keluarga. Insya Allah.


12 comments:

  1. Jika kita berada jauh... Utuskan doa InsyaAllah, doa sampai dahulu Dari yg lain..

    Tabungan perlu.. Kerana waktu Sekarang Wang Sgt tinggi nilainya

    ReplyDelete
  2. Kita ni kalau stakat pandaI cari duit jer tapi bab keluarga tak reti nak handle ssh jugak..sepatutnya kena seimbag kedua duanya.barula ok..

    ReplyDelete
  3. Tgh berusaha mencari duit, harapan dapat mendidik dan menjaga anak2 sehabis baik

    ReplyDelete
  4. Bab yg pertama tu...hurmm pernah merasai.. Tp xpelah.. Mungkin org tu btl2 xdpt bawak kite agaknye jumpe ahli keluarga utk kali trakhir.. Doa sajalah yg dpt dikirim..

    ReplyDelete
  5. betol tu . duit ni macam air . kne betol2 pandai simpan duit .

    ReplyDelete
  6. Sha sampai sekarang masih tak sukses dalam hal mencari duit... mak pulak everyone panggil balik Rawang sana... dilema sangat....

    ReplyDelete
  7. setuju dengan bro pcl. bab kewangan ni memang kena pandai berjimat

    ReplyDelete
  8. setuju dgn n3 ni... sibuk cari duit, sanak saudara bt dekkk jer.. lma tk jumpa agh awai, snyp jer lps rmh besar mcm istana..

    ReplyDelete
  9. setuju dengan pcl..saudara lbih penting dari duit sebenarnya..tapi tu lah realiti zaman sekarang..duit penting lagi dari silaturrahim

    ReplyDelete
  10. Tabungan sangat perlu khasnya ketika didalam kecemasan, semoga dipermudahkan buat PCL dan keluarga .

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.