Usah Risaukan Kenangan Lalu..

Thursday, February 05, 2015 PCL 14 Comments

Hanis ...model blog pcl sebagai gambar hiasan.
Dalam keadaan duduk sendirian mengigati masa lalu, ingatlah kita akan masa-masa lalu yang indah, saat yang menggembirakan hati itu adalah sebagai motivasi kepada diri untuk terus ceria di permulaan hari berikutnya.

Di penghujung hari nanti pula, ingatlah apa yang telah kita hasilkan..muhasabah diri kerana dalam seharian kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Mohonlah ampun kepada Allah swt di waktu sepertiga malam sebaiknya, pasti ada rasa bahagianya, insya Allah.

Andai katalah kita ini selalu merenung masa hadapan, mengigati hari esoknya, maka ingatlah mimpi indah semalam agar kita sentiasa optimis.

[Persoalannya.. yang semalam pon aku sudah lupa apa lagi kenangan-kenangan lalu, pasti itu bukan kenangan terindah..haha]

Tak perlu risau fasal kenangan lalu, ingat ke tak teringat langsung ker...tapi yang wajib adalah TAKUT kita kepada Yang Maha Kuasa untuk hadapi masa-masa mendatang. Fikir fasal diri dan keluaraga ...kemanakah hala tuju? kerana itu adalah tanggung jawab kita dalam kehidupan.

Daripada perasan takut itu ada sesuatu yang mengigatkan kita rasa ketenangan, menimbulkan rasa aman dalam diri yang mendorong kita untuk selalu berdoa, mengetuk hati kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum hakam agama. Cari kebaikan dan dekatkan diri selalu dengan kebaikan..

Setiap kali hari-hari kita akan berlalu, pasti ada pengajaran darinya tentang seni hidup yang menjadikan kita semakin matang.

Apa yang perlu kita kejar ialah berkat dalam kehidupan. Berkat dan Redha Allah swt.

wallahu'alam 



14 comments:

  1. terbaikk pcl.. selalulah dekatkan dengan kebaikan.. berkat dan redha Allah penting... sukaa ayat nie.. inshaAllah pcl.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju juga anizz. Dalam hidup sentiasa berniat baik. Niat baik pun dapat pahala

      Delete
    2. Setuju jugak..heheehee

      Delete
  2. muhasabah diri penting untuk diri sendiri supaya tak terlalu mendongak ke langit. PCL. aah. gerobok tu almari. gebor tuuu selimut. hehe. keturunan jawa ni :D

    ReplyDelete
  3. Agreed. Bersyukur dgn apa yg dtetapkan Allah. Takut toleh ke blkg kita makin mengundur. Baik fikir ke hadapan dan dekatkan diri dgn Allah

    ReplyDelete
  4. Makan kismis PCL he he he bail utk ingatan

    ReplyDelete
  5. Kisah semalam pun boleh lupa.....

    Heheheeee bahaya ni :)

    ReplyDelete
  6. setiap kali rasa xcukup, kenang je kenangan lalu yang manis, usah diingat yang tak elok. insyaAllah rasa syukur.

    ReplyDelete
  7. Benar PCL. Hidup ini sebagai hamba Allah adlah mencari Keredhaan Allah S.W.T

    ReplyDelete
  8. paling penting sentiasa berdoa semoga hari ini lebih baik dari semalam ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan esok cuba buat lebih baik dr hari ini :)

      Delete
  9. apapun yang kita lakukan, kena kembali kepadaNya Yang Maha Esa kerana Dia lah pencipta kita.. :)

    suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.