'Ngap' kuih atas motosikal sambil menghayati.....

Wednesday, March 18, 2015 PCL 6 Comments



Beli kuih india; nama kuih tu masalodeh?

Yes aku pasti..nama kuih tu masalodeh. Sebelum nak masuk ke pejabat tadi Hanis pesan belikan air kelapa , tak sampai hati tengok dia merengek kehausan...nampak je kuih tu aku beli untuk makan petang mamaD nanti.

Masalodeh kuih tradisi masyarakat India Malaysia ?

.. tapi yang aku beli ni orang Jawa yang membuatnya.. sedap?

Ya memang sedap kalau terus makan selepas goreng tu panas lagi rangup ...lagi sedap.

Hari tabiat jadi buruk sikit la aku ni ...makan sambil naik motosikal, sebelah tagan pegag kuih dan ngap-ngap..sebelum sampai rumah dah selesai makan sebiji masalodeh. kanapa sebiji? sebab aku sangat menghayati..wahh gitu :)

Sebenarnya aku ni tension kerja dari pagi tadi lagi ... kawan baik aku nak pindah balik Kelantan, dia kerja sini dah hampir sepuluh tahun lamanya..jadi kerja yang bakal ditinggalkan nanti (lagi 3 hari) sebahagiannya memang aku kena tanggung. ..hurm * mungkin ada elaun tanggung kerja.

Korang nak tau? bila kunyah masalodeh sikit demi sedikit merasakan kesedapnnya.. macam tak percaya ia boleh hilangkan tension..aku tak tau pulak apa relation nya antara kerja yang banyak tadi dan masalodeh tu.

Biasanya lah kan... ada orang yang merokok  akan hisap rokok banyak..hisap sambil hembus asap berbunga bunga..alasan nak hilangkan stress dan tension huh!  macam macam cara nak release tension...abaikan cara tak sihat ni.

Cubalah buat sesuatu yang lain sikit dari bidang kerja; lupakan seketika..jangan pulun sangat pasal kerja...kerja tak akan habis. Kerja ada batas dan waktunya..kita ni bukan serupa robot yang boleh diprogram ikut arahan semuanya.




6 comments:

  1. selfie skit PCL. sambil ngap ngap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, nak tgk gak gmbo pcl ngap kuih tu..hehe

      #ExchangeFeedGroup

      Delete
  2. bagus lagi release tension makan masalodeh dari hisap rokok..

    ReplyDelete
  3. singgah baca..
    jom tukar link blog...
    tq

    ReplyDelete
  4. Assalam abang PCL
    he3
    ada kaaaaaaaa elaun tu?????
    nak jugak :P

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.