Pahitnya Bunga Betik ..

Sunday, March 08, 2015 PCL 3 Comments


pernah korang makan ulam bunga betik?  kalau dah biasa makan memang tau la rasa dia..

ya..pahit yang amat hemmm..
mamaD teringin nak buat ulam, kalau kat Banting ni senang je nak dapat..2 cara ; buat tebal muka ke rumah jiran mintak sikit atau pi beli kat pasar tani atau kat pasar kemboja.

khasiat bunga betik

Orang jual kebiasaanya bunga betik jantan untuk dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang. Kalau macam dalam gambar tu aku beli dengan harga Rm2, ..boleh la buat ulam rebus makan dengan cicah air asam.
buat kerabu pon sedap..

Khasiat bunga betik ni kalau diamalkan bagi penghidap penyakit tekanan darah tinggi adalah sangat bagus, ia cepat bertindak balas..petua orang tua dulu ada juga kebenarannya.Orang muda-muda remaja memang tak makan la ulaman gini...haha kan, sama lah kitaorang dulu-dulu pon.

Anak-anak dara pcl kalau nak bagi depa  makan sayur pon susah..lagi-lagi si Hanis tu..adoiyai inikan pulak ulam..tak pandang langsung.

3 comments:

  1. Kalau bonde...
    Rebus sikit... Dgn air garam...buat ulam... Tapi Sedapnya bunga betik buat urep...

    ReplyDelete
  2. Tu bunga ..daunnya lagi laa pahit kot huhu..nak dpt senang jer tuuu..nak tebalkan muka ke rumah jiran tu yg tak tahan huhu ..

    ReplyDelete
  3. suka jugak makan. dulu kat kampung selalu mak buat ulam.. even pahit tapi ada rasa lemak2. makan dengan sambal belacan. kat kampung dapat free je kat umah ada pokok betik.. sejak hijrah kat sini dah lama rasanya tak makan ulam bunga betik ni

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.