Paku Rawan Kembali Menawan ?

Wednesday, March 25, 2015 PCL 9 Comments


ulaman paku rawan


Tahu Paku Rawan ?  okay..ia bukan nama orang ye...ia sejenis tumbuhan akuatik yang mana pucuknya orang ambil buat makan sebagai ulaman ...sempoi kalau kena cara penyediaannya. Boleh buat goreng tumis cili padi atau rebus saja dan cicah sambal belacan ...lagi pedas lagi mantap rasanya.

Ya..memang dah lama aku tak makan ulam paku rawan, mereka yang tak pernah rasa tu..emm Urban sangat lah tu..

Aku beli sebab ada jual kat pasar (sini).  Tanya kat Wak yang jual tu .."Wak...ini pucuk paku rawan ?"

"Centongan"..hah senyum tersimpul, ini kali pertama aku mendengar perkataan itu seumur hidup aku.

Orang Kampung 

Kebanyakan orang berasal dari kampung memang dah biasa melihat paku rawan hidup meliar dalam parit/kolam atau sawah padi. Nampak tumbuhan itu hidupnya tak memberi sumbangan langsung kepada kehidapan kita. Nah ! lihat sekarang berebut kalau ada dijual..ramai je orang nak beli. Kini sudah menjadi sumber matawang kepada pencari ulam khususnya peniaga kecil ulam-ulaman. Untung besar tau mereka tu..nampak je 'semekin' tapi hakikatnya duit hasil jualan bekepuk ! ...hasil bersih atas usaha sendiri mencari di pelusuk kampung untuk bagi orang bandar merasa ?

Bagus jugak ada peniaga yang mahu menjual...tak ada la orang yang hidup zaman kemajuan ini melupakan makanan kampung yang banyak khasiatnya.

Kita ni kena biasakan makan ulaman atau sayuran yang boleh dapat beli dengan harga murah dan menjimatkn, lebihkan menu sayur agar cepat rasa kenyang..ambil nasi segengam sudah memadai setiap kali waktu makan. Lebih protin dan kurangkan makanan berkarbohidrat..seimbangkan dengan lebihkan makan sayur.

Itu pasal aku nak cuba segala ulam yang dijual dan disamping itu sedikit demi sedikit mengenali nama ulam/sayuran. Jangan hairan dan rasa pelik bila suatu hari nanti anda akan mula mencari dan berminat memakan masakan berkhasiat ala kekampungan. Itu yang dinamakan perubahan selera makan sesorang.

Menu Pucuk Paku Rawan yang sedap antaranya ialah; goreng tumis dengan bawang dan cili api atau rebus dan makan sama sambal belacan. Cubalah... kat Banting senang dapat ..kalau rajin petik sendiri..kalau tak pun beli saja kat Pasar Tani..insyaAllah ada dijual.

keladi rawan

Okay..ini pokok Paku Rawan..kalau nak kenal la..
Segan pulak nak petik tepi parit, tepi sawah orang...huhu, kalau kampung sendiri belasah jer..

.




9 comments:

  1. tak pernah kenal paku rawan ni PCL hehehe

    ReplyDelete
  2. menarik.. tak pernah thu pun...

    ReplyDelete
  3. Kalau kat kampung akak buat kerabu paku rawan!

    ReplyDelete
  4. paku payung saya kenallah. paku rawan jarang dengar

    ReplyDelete
  5. dulu memang tak suka sb ada kepahitan sikit rasanya,tapi laa ni mungkin dek faktor usia memang suka sangat tumis dgn ikan bilis dan kicap.Kat sini jarang jumpa blk TI In Shaa Allah ada je kat pasar.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah... sedap sangat ni PCL... memang antara ulan feveret... susah nak dapat kat pasar malam Ampang ni :)

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan,tau pucuk paku pakis je hehehe

    ReplyDelete
  8. Leeee.. ingatkan rawan salah satu alat memancing td. Nasib baik baca sampai abis. Huhu

    ReplyDelete
  9. La knpa tk msk lgi nk copy juga resepinya......dulu kt kmpung pun rasa tk pernah mkn...pokoknya byk....
    klu tau mesti kayuh basikal gi teluk pial tumpang mkn.....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.