Paku Rawan Kembali Menawan ?
Tahu Paku Rawan ? okay..ia bukan nama orang ye...ia sejenis tumbuhan akuatik yang mana pucuknya orang ambil buat makan sebagai ulaman ...sempoi kalau kena cara penyediaannya. Boleh buat goreng tumis cili padi atau rebus saja dan cicah sambal belacan ...lagi pedas lagi mantap rasanya.
Ya..memang dah lama aku tak makan ulam paku rawan, mereka yang tak pernah rasa tu..emm Urban sangat lah tu..
Aku beli sebab ada jual kat pasar (sini). Tanya kat Wak yang jual tu .."Wak...ini pucuk paku rawan ?"
"Centongan"..hah senyum tersimpul, ini kali pertama aku mendengar perkataan itu seumur hidup aku.
Orang Kampung
Kebanyakan orang berasal dari kampung memang dah biasa melihat paku rawan hidup meliar dalam parit/kolam atau sawah padi. Nampak tumbuhan itu hidupnya tak memberi sumbangan langsung kepada kehidapan kita. Nah ! lihat sekarang berebut kalau ada dijual..ramai je orang nak beli. Kini sudah menjadi sumber matawang kepada pencari ulam khususnya peniaga kecil ulam-ulaman. Untung besar tau mereka tu..nampak je 'semekin' tapi hakikatnya duit hasil jualan bekepuk ! ...hasil bersih atas usaha sendiri mencari di pelusuk kampung untuk bagi orang bandar merasa ?Bagus jugak ada peniaga yang mahu menjual...tak ada la orang yang hidup zaman kemajuan ini melupakan makanan kampung yang banyak khasiatnya.
Kita ni kena biasakan makan ulaman atau sayuran yang boleh dapat beli dengan harga murah dan menjimatkn, lebihkan menu sayur agar cepat rasa kenyang..ambil nasi segengam sudah memadai setiap kali waktu makan. Lebih protin dan kurangkan makanan berkarbohidrat..seimbangkan dengan lebihkan makan sayur.
Itu pasal aku nak cuba segala ulam yang dijual dan disamping itu sedikit demi sedikit mengenali nama ulam/sayuran. Jangan hairan dan rasa pelik bila suatu hari nanti anda akan mula mencari dan berminat memakan masakan berkhasiat ala kekampungan. Itu yang dinamakan perubahan selera makan sesorang.
Menu Pucuk Paku Rawan yang sedap antaranya ialah; goreng tumis dengan bawang dan cili api atau rebus dan makan sama sambal belacan. Cubalah... kat Banting senang dapat ..kalau rajin petik sendiri..kalau tak pun beli saja kat Pasar Tani..insyaAllah ada dijual.
![]() |
Segan pulak nak petik tepi parit, tepi sawah orang...huhu, kalau kampung sendiri belasah jer..
.
tak pernah kenal paku rawan ni PCL hehehe
ReplyDeletemenarik.. tak pernah thu pun...
ReplyDeleteKalau kat kampung akak buat kerabu paku rawan!
ReplyDeletepaku payung saya kenallah. paku rawan jarang dengar
ReplyDeletedulu memang tak suka sb ada kepahitan sikit rasanya,tapi laa ni mungkin dek faktor usia memang suka sangat tumis dgn ikan bilis dan kicap.Kat sini jarang jumpa blk TI In Shaa Allah ada je kat pasar.
ReplyDeleteYa Allah... sedap sangat ni PCL... memang antara ulan feveret... susah nak dapat kat pasar malam Ampang ni :)
ReplyDeletetak pernah makan,tau pucuk paku pakis je hehehe
ReplyDeleteLeeee.. ingatkan rawan salah satu alat memancing td. Nasib baik baca sampai abis. Huhu
ReplyDeleteLa knpa tk msk lgi nk copy juga resepinya......dulu kt kmpung pun rasa tk pernah mkn...pokoknya byk....
ReplyDeleteklu tau mesti kayuh basikal gi teluk pial tumpang mkn.....