Sabtu pagi ..cerita PCL .

Saturday, March 14, 2015 PCL 4 Comments


Sabtu pagi ..
Kalau tak sarapan kat kedai mamak , kami ada kat kedai bihun sup..

menu standard.. roti bakar 1set dan telur separuh masak 2 bijik, air suam 2 gelas...ni kat kedai mamak punya order. (kadang mamak geleng kepala sebab makan kongsi dua orang) ..lantak ko lah mak..!!

pagi ni kami kat warung bihun sup depan masjid Kanchung, takada lain nak oder... itu saja menu dia. Sebab sedap jadi ramai sangat orang Banting makan di sini.(warung kampung..masih guna meja papan panjang buatan sendiri....dalam hati aku, bila la makcik mee celup ni nak upgrade warung jadi restoran ..)

selalu lepas bersenam, tak boleh la nak makan itu ini..macam sesia je berlari 5 round tadi ..kan? haha..itulah masalahnya kalau hari cuti/minggu pcl.

Tengahari nanti tengok lah menu apa; ..tadi dah siap-siap membeli udang fresh, kata mamaD nak buat sambal udang petai...

pcl tinggalkan mamaD..dia buat kerja kat rumah , pcl ada kerja lain kat luar.. #carimakan.

tayang gambar sotong masak sambal petai menu favourite kami minggu lepas...wallah sedapnya menyelerakan !

sotong sambal petai, makanan malaysia

.

4 comments:

  1. sedap nyer sambal sotong tu...yummy

    ReplyDelete
  2. perghh perghh ! sedap nyaaa

    ReplyDelete
  3. Ukk fav cik akak nie...
    Tak boleh jadi nie....
    Letak udang lagi sedap....petai memang cik akak suka makan..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.