Jom candat sotong ; Risau Mabuk Laut ?

Wednesday, April 01, 2015 PCL 6 Comments


Aktiviti berkumpulan mencandat sotong memanag best ! , setiap tahun bermula bulan April sehingga Oktober tempahan sewa bot/pakej telah dibuka untuk peminat dan mereka yang baru nak mencuba.

Risau pasal mabuk laut?

Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. Ginjal dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan.
Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

Mabuk laut buat orang yang tak biasa akan berasa 'takut' hendak meneruskan keinginan mencandat atau memancing di atas bot.

Tekong atau 'ahli laut sejagat' :) telah banyak berkongsi petua dan ini pcl kutip dari blog candat juga..blog pakya.

1.Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

2. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

3. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

4. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

5. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

6. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket. Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

7. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

8. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

9. 5/6 Jam sebelum naik bot jangan makan makanan berminyak saperti Kerepok Lekor Goreng, Pisang Goreng atau yang bersamaan.

10. Semasa diatas bot jangan pandang kelantai bot lama-lama, sentiasa padang kearah sekeling saperti pulau, bot disekitar atau jika waktu malam pandang cahaya lampu bot lain, cahaya di Pulau  atau cahaya lampu di daratan.

11. Elakkan bau asap ekzos bot (minyak disel), sebaiknya duduk dibahagian depan bot ketika dalam perjalan pergi/balik.

12. Mabuk laut akan terasa bila bot berlabuh / 'Parking", jika rasa mual keluarkan muntah sehabisnya dan relaks, tidur2 ayam serta sapu minyak angin banyak2 di hidung, telinga dan kawasan muka.

Mencandat Sotong ; Kuala Terengganu 

(Jeti sekitar di bawah LKIM)

Ada sesiapa berminat mencandat sotong ; call/whatsapp segera.. 017-4009726.


Tarikh mencandat  : Sila buat tempahan bot
Bot Muatan : 8 pax  dan  15 pax (terhad)
Masa : Bertolak selepas Asar (5pm) dan balik sampai ke jeti jam (7pm) hari esoknya
Kelengkapan mencandat : Peralatan memancing/candat serta sebuah chalet untuk simpan barang dan persalinan (jika perlu)

Jom Candat !



CARI HOTEL DI TERENGGANU (klik sini)

.

6 comments:

  1. bestnya PCL. xpnh ada penggalaman gini lg

    ReplyDelete
  2. oooo..nasib mun xde mabuk laut..

    ReplyDelete
  3. wow.. mencadat. klu orang perempuan candat tudung Aidijuma je.

    ReplyDelete
  4. mcm best je.. tp anis xpernah kena mabuk laut lagi..huhu

    ReplyDelete
  5. Fuhh byk gak petua mabuk laut ni kan pcl..tak penah ada pengalaman naik bot hehe..

    ReplyDelete
  6. asam boi dgn limau kasturi pun ok juga rasanya hehehhe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.