Dilema dengan kucing

Sunday, April 05, 2015 PCL 12 Comments


Dilema dengan kucing gelandangan, Aku ada satu masalah yang agak besar jugak la bukan sebab aku tak suka makhluk kucing ni, tapi tabiatnya tu.

Masalah kucing suka pancut kencing kenderaan

Kat rumah aku ada banyak kucing bertandang, kucing ni ntah dari mana datangnya tapi dalam banyak tu aku cam kucing jiran bawak geng dia..selalu berak dan kencing kat umah aku..itu aku boleh bersabar lagi la..aku cuci dan buang jer ..nak buat macam mana..terpaksa lah dalam redha.

Salah satu sebab kucing suka datang berjemaah mungkin sebab anak gadis aku suka bagi makan, aku pon ada rasa simpati bila tengok kucing mengiaw minta belas.

Hilang sabar

Baru tadi pagi,  antara kucing tersebut telah membuatkan tahap kesabaran aku melepasi had yang dibenarkan. Boleh pulak dia pancut kencing kat kereta belah raditor pulak tu..huh! nak bahasakan macam mana dengan haiwan ni..ke nak aku bahasakan terus kepada tuannya? (tak baik buat tuduhan melulu gini kan..)

Kejadian sama dah biasa kena dua tiga kali tapi tu lah..hadam je bau kencing bila masuk dalam kereta...bila ON air cond lagi la semerbak hurmm. MamaD paling sensitif bau (sebab di antara kami berempat , mamaD punya hidung mancung tinggi sikit..haha)

Fikir pasal makhluk Tuhan ini iaitu kucing adalah haiwan kesukaan Rasulullah s.a.w, banyak kebagusan yang terdapat apabila kita mengasihi haiwan ini..aku cuba mencari solusi lain .

Cara nak hindarkan kucing dari kencing pancut kat kenderaan aku.. cara yang agak mustahil bila aku di kuarters kerajaan ni..nak garajkan memang tak boleh.

Santai hujung minggu cuci kereta..walau dalam dilema nak report kepada pest control atau biarkan saja..

Cara mengatasi kucing kencing kenderaan

Ada dua cara bukan idea aku, satu idea berkualiti dan satu lagi anda nilai sendiri ..ok baca nih : :

1) "..cube beli cat repellant kat pet store. biasenye mende nih digunakan untuk menghalang kucing atau anjing dari datang ketempat2 yang kite tak mahu die datang. sembur kan di sekeliling border porch yang kucing tuh biase masuk. Cube lah torai."
2) "..dah pasti kucing jantan punya keje pancut, so jentik jer telo kucing tu..baru die lari..
klu xlari gk, ko jentik telo tuan kucing tu..
soh die jge kucing tu btol2.." 

12 comments:

  1. Ada sekor kucing jantan sy kat rumah ni...asal masuk rumah je dia pancut kat pintu....tak tahulah ape kena sejak dah tua kucing sy tu...nak marah mmg tak fhm....

    ReplyDelete
  2. hahahahha jentik telur??? siapa punya idea nih?? hahaha

    ReplyDelete
  3. cara yg ke dua tu... hahahahahhahahahahahha!!!
    my tips mcm ni.. cuba sray lemon juice + air (masuk dlm boto spray plastik) kat tempat dia pancut.. sebelah dlm la jgn direct on car paint nanti luntur plak cat.. buat di keliling kereta dan tayar dan kat atas lantai parking tu sekali. Kulit lemon tu campak je tepi kereta di keliling. Cuba for few days.. kalau tk menjadi juga, spray kat tuan cat tu heheheh

    ReplyDelete
  4. kena carik ni..kt umah aprtment tu kucing suka kencing merata..huhu

    ReplyDelete
  5. Adeh kesian kucing tu nak dijentik..hihi..
    Cik akak dulu kemain suka dengan kucing nie...
    Sejak dikejar kucing..terus jadi penakut..haha..
    Kang kena cakar ke apa eh....percuma sakit kan...

    ReplyDelete
  6. kikikikikiii... kalau kucing tu boleh bercakap, maybe dia akan cakap :
    "sabar itu separuh dari imannn, tuan..." lepas tu lari2 comel... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maunya pcl pengsan kat situ jugakk nanti..ngee

      Delete
  7. Hikhikhik cara kedua tu tak sampai ati la kita nak buat kat kucing hehehe..Amboii PcL suh buat kerja tak senonoh lak kat kucing hehe..Kecian la kucing tu kalau jentik dia punya telur ..Sabar jer laa. Singgah petang #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari

    ReplyDelete
  8. Tips kedua tu mmg awesome! Hehehe

    ReplyDelete
  9. paling senang, mandulkan je
    http://kucenmaster.blogspot.com/2012/09/mandulkan-kucing-kejam-ke.html

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.