Hidup sangat terkesan bukan sebab GST ?

Saturday, April 11, 2015 PCL 6 Comments


Hidup sebelum dan selepas GST

Hidup di bawah kemampuan atau ikutkan kemampuan diri..yang mana sifat anda?

Gaji atau pendapatan bersih Rm1,000 belanja pun Rm1,000. Bila pendapatan bertambah jadi Rm2,000 perbelanjaan pon menjadi Rm2,000. Ini yang dinamakan hidup ikutkan kemampuan. Sangat bahaya !  ..Tak ada simpanan selamat.

Hidup di bawah kemampuan tak lah macam tu. Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan,  barulah ada baki untuk disimpan.

Kena belajar menabung, kita yang dewasa ni... ajar anak/adik-adik supaya simpan duit baki belanja sekolah..tapi kita ni tak buat pon..belanja sakan ! dah macam ketam ajar anak berjalan..

GST jadi sebab , tapi sebenarnya sifat diri kena sedar dari mimpi...kalau sebelum sudah parah apa lagi selepasnya, Owh GST!

.

6 comments:

  1. Terimakasih PcL atas ingatan ini..kadang2 kita ni berbelanja melebihi pendapatanpon ada..seharusnya dlm zaman serba mencabar ini kita belajar utk jadi lebih bijak..bijak dalam mengatur keperluan dan juga kehendak..moga2 dengan aturan yg kita buat akan dapat menyelamatkan diri kita kemudia hari...tak susah utk kita jika kita pandai mengurus kewangan sendiri...menabung sedikit demi sedikit utk masa depan.,,

    ReplyDelete
  2. ini semua sebab keinginan melampaui batas

    ReplyDelete
  3. hmmm.... ada betulnya. kita sdiri yg boros. ainaa duit lebih skolah slalu simpan. smpai beratus2. tapi setiap kali tu jgk lenyap beli novel. hahahaha hadoiii... >_<

    ReplyDelete
  4. kena cari alternatif utk ada extra income dan saving kan PCL!

    ReplyDelete
  5. betul tu pcl..bab menabung tu memang dayah setuju..kena mulakan dengan kita, baru anak2 akan ikut.

    ReplyDelete
  6. kena didik hati kita sendiri utk menabung walau hanya 10sen.. sebab 10 sen la akan cukupkan duit 1juta :) bak kate ayah anis la..hihi

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.