Jodoh Kahwin Jodoh Kerja

Thursday, April 23, 2015 PCL 18 Comments

Jodoh Kahwin Jodoh Kerja

Ada yang mengeluh sebab lambat bertemu jodoh perkahwinan..
Ada yang mengeluh sebab lambat bertemu jodoh pekerjaan..

Dah bekerja baru kenal dunia, maksud aku ..ramai yang nampak. Jodoh makin dekat.
Nak dapat jodoh ni bukan mudah... serius ni aku cakap !

Kalau bab kerja, kena lah usaha lebih..
Kalau bab nikah, nak 'bina masjid' rumah tangga...pon kena usaha jugak.
Banyak cara ada, kena sentiasa mencari.
Banyak ilmu ada, kena pergi menuntut/ belajar.

Tak mudah , tapi takda lah susah sebenarnya...kalau kita yakin dengan ketentuan Allah swt.
aku suka ulang-ulang ayat ni...lama dah, ada dalam entri aku yang lepas-lepas..
"Cari lah yang sayang kat kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap dipandang bukan boleh bagi perut kenyang... Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukur pada ketampanan dan keayuan wajah saja.Cantik tak semestinya di luaran. Biarlah luar dan dalamnya juga" .

Jadilah kita ni orang yang bersahaja. kalau berjalan..berjalan di pinggiran. Buatlah Allah redha dengan apa yang kita lakukan seharian, sayangilah sesama makhluk dan sempurnakan perkara-perkara fardhu.

InsyaAllah akan ada jodohnya nanti.




18 comments:

  1. ramai orang pasrah, tapi tak redha

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi...
    betul..yakin dengan ketentuan Allah...
    Setiap manusia dijadikan berpasangan..cuma kita kena usaha untuk mencarik jodoh itu...
    "kahwinlah dengan orang yang sayang kita,bukan kita sayang orang tu lebih ":)

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pcl..berusaha adalah yang terbaik dan setelah itu bermohonlah kepada Allah s.w.t agar ianya di permudahkan

    ReplyDelete
  4. segalanya lakukan kerana ALLAH.. insya-ALLAH akan jd mudah.. :)

    ReplyDelete
  5. segala yang baik datang dariNya, semoga dipermudahkan olehNya juga dalam segala urusan :)

    ReplyDelete
  6. ehemmm...!!
    perenggan akhir tu sungguh menusuk qolbu.... :p

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah akan ada jodohnya nanti... saya yakin.. :)

    ReplyDelete
  8. sukanya baca entry PCL yg ni... setuju sgt! mencari redha Allah tu lah yg sebaiknya kan....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum PCL...in sha Allah akan ada nanti tapi cepat dan lambat je yg masih kita x tahu..itu semua ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  10. Allah banyak rahsia.. rahsia dia , siapa yang tahu

    ReplyDelete
  11. Assalam abang nazlee,
    betui3
    iols memang pegang prinsip :
    cari orang yang sayang kita lebih daripada kita sayang dia
    he3

    ReplyDelete
  12. Niat tu yg penting..nice sharing pcl

    ReplyDelete
  13. Jodoh pertemuan di tangan yang Esa, kalau x usaha x jumpa jugak kan...macam SA dah 10 tahun jadi single mom...jodoh baru nak nampak...tanda baru nak di beri...doakan ye PCL....

    ReplyDelete
  14. niat wajib ada. tapi jodoh ketentuan bukan kita yang tentu kan

    ReplyDelete
  15. actually, ada lagi ke lelaki yang x pandang rupa? semua macam pilih cantik macam Emma Maembong je

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.