KBBA Bloggers Day Out Cyberjaya 2015

Wednesday, April 29, 2015 PCL 5 Comments

KBBA Bloggers Day Out Cyberjaya 2015

Kejayaan KBBA

26 April, bertempat di Kelab Komuniti Cyberjaya. Jam 7 pagi aku dah sampai awal seperti yang dijadualkan. Kita ni nak jadi blogger yang sentiasa menepati masa. Baru lah ada kepercayaan dan menambah lagi keyakinan orang lain untuk berurusan dengan Blogger. Baru nampak kualitinya dan baru boleh dibanggakan kerjaya ini.
Di dalam sebuah komuniti, perkara wajib sebegini perlu ada pada setiap ahli dan KBBA sudah melaksanakan dengan jayanya..Tahniah.

KBDO

KBBA Terbaik

Tujuan KBDO dilangsungkan adalah untuk membina semangat kerjasama, menjalin ukhuwah kekeluargaan di kalangan ahlinya... walau acara santai santai saja di Cyberjaya, namun dalam santai beriadah itu ada pengisiannya. Kalau kita mahukan yang terbaik, kita juga perlu berikan komitmen yang terbaik. Ini yang Ben Ashaari mahukan dan semua ahli yang terlibat.

Aktiviti bermula :

Dimulai dengan acara memanas badan diketuai oleh Blogger Fatinbella, dari suam jadi panas terus rancak ikut langkah senamrobik Fatin bersama Boni Kacak dan Encik ST di atas pentas. Dan selepas itu Bacaan Doa oleh Blogger Zaini.

KBDO

KBDO
Bacaan doa oleh Blogger Zaini.
KBDO

KBDO

Ucapan alu aluan oleh wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , En.Mualif dan juga wakil Kelab Blogger Ben Ashaari , Lan Careno.

Part yang paling dinanti... aktiviti acara padang. Aktiviti dimulai dengan golf.

KBDO

KBDO

Golf, buat pertama kali..dan ini terbukti pukulan pertama 'pukul angin'..bukan aku je, tapi ramai juga yang sama ...bola golf tetap di kedudukannya.

Badminton, permainan ni dah biasa bagi aku..tak jadi hal tapi bila AJK maklumkan cara bermain ada kelainan dari biasa. Lawan enam orang sebelah gelanggang dengan satu reket ... hurm gamat suasana.

KBDO
KBDO


Go-kart , ini antara aktiviti yang paling aku suka..boleh masuk dalam mimpi tidurku dibuatnya.

KBDO

KBDO

KBDO


Paintball,  ini juga best..semangat berpasukan yang diterapkan mampu buat blogger protected each others.

KBDO

KBDO


Empat aktiviti utama berjaya disempurnakan, aktiviti berselang seli dengan rehat, solat zohor dan macam-macam lagi kemudahan tersedia ; ada Surau, gym, kolam renang dan banyak lagi.

Acara kemuncak di sebelah petang, ada cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati serta ucapan penutup.

Antaranya yang bertuah..aku pon dapat jugak ; 2nd price lucky draw!

KBDO

KBDO


Sebelum tamat, acara wajib adalah beramah mesra dengan blogger dan sesi bergambar kumpulan.

KBDO

KBDO


Terima kasih Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya kerana menyediakan kami tempat yang sangat best untuk riadah yang sesuai untuk semua golongan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada founder KBBA, Encik Ben Ashaari dan team KBBA untuk kejayaan ini. Lain kali pasti join lagi.

Para penaja :-
Kelab Komuniti Cyberjaya
Yeos Malaysia
Cosmoderm
Crazy N Crunchy
Natalia
Stamp N Print
Cyberview Cyberjaya

p/s : Tajaan makanan oleh BAYOU COFFEE HOUSE, Review akan dientrikan selepas ini.

.



5 comments:

  1. Hope next event pun kebabooommm!!

    ReplyDelete
  2. phewww, teringin main go cart !

    ReplyDelete
  3. teringin main go kart gak, mcm best je

    ReplyDelete
  4. eh, ada go kart eh. tak tahu lak. hahahaha... syoknya dapat kumpul ramai-ramai macam ni. :D macam teringin nak join tapi kena ada transport. saya xde

    ReplyDelete
  5. nampak meriah betul... game pun menarik!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.