Meriahkan KBBA Blogger's Day Out

Wednesday, April 22, 2015 PCL 17 Comments

KBBA Blogger's Day Out 

Okay..poster/banner dah naik ! maksudnya tak lama lagi tuuh... tengok kepada tarikh yang dijadualkan. Sesuai sangat kan...

KBBA Bloggers Day Out


Ini merupakan aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) lokasinya adalah berhampiran dengan Universiti Multimedia , Cyberjaya . Senang nak cari ...senang jumpa kalau gunakan perkhidmatan waze  ke sana, harus akan sampai tanpa sesat.

KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Telah wujud sejak 2006 lagi dengan menyediakan  fasiliti untuk kemudahan Sukan dan Riadah antaranya ialah seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gymnasium, driving range, sirkit go-kart, squash, basketball, paintball, dancing studio dan juga kolam renang. Selain itu KKTTC juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan seminar atau mesyuarat perniagaan.
Kemudahan asas tersedia : keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Perkhidmatan katering juga boleh terus ditempah disini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.


Aktiviti : KBBA Blogger's Day Out

Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball.
Menurut urusetia dan founder #kelabbloggerbenashaari,  Encik Ben Ashaari : Anda juga dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada peserta pada hari tersebut. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk besama kami, beramah mesra di sana nanti.

"..menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri."Ben Ashaari
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Barisan Penaja KBBA Blogger's Day Out

Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Cosmoderm (www.cosmoderm.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my)



17 comments:

  1. wow...seronoknya..kan best kalau dapt join sekali

    ReplyDelete
  2. Kita jumpa kat sana nanti.. 1st jumpa nie hehhe

    ReplyDelete
  3. menarik!! banyak aktiviti yg menarik perhatian.. huhuhu.. jeles~~

    ReplyDelete
  4. erm bestlah kan jumpa geng KBBA :)

    ReplyDelete
  5. selamat bersantai dan bergembira bersama KBBA..banyak aktiviti yang best tue

    ReplyDelete
  6. salam singgah...bw..wah best best

    ReplyDelete
  7. WAH.. GOLF PUN ADA.. NI PERMAINAN ORANG ADA-ADA NI..

    ReplyDelete
  8. waaa bestnyee dpt join!!!

    ReplyDelete
  9. x dapat nak join....
    insyaallah next event baru dpt join kalian :)

    ReplyDelete
  10. baca dari awal, nampak sangatlah meriahnya... :D

    untung siapa dapat pergi sana.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.