Libatkan diri dalam bisnes

Monday, April 13, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

Bisnes dan Blogging

Jadikan blogging satu permulaan untuk bisnes anda. Kalau itu sememangnya minat anda. Libatkan diri dalam bisnes, mulakan dengan cara apa yang kita minat supaya ianya mudah.

Mudah yang dimaksudkan bukanlah cara mudah untuk senang tapi permudahkan cara dengan laluan yang sedia ada.

Maaf kalau agak berbelit cara aku nak sampaikan, tapi fahamkan saja dengan membuat bisnes peluang untuk naikkan taraf kehidupan itu lebih tinggi seperti yang disarankan Islam, 90% datang dari bisnes.

Boleh tidak, jangan libatkan diri dalam skim skim bisnes? ; contoh skim cepat kaya dan sewaktu dengannya.

Bila buat bisnes mesti dapat untung. Simpan 100% hasil keuntungan, kalau nak guna pun jangan lebih dari 50%.

Bebaskan hutang

TAMBAH PENDAPATAN itu bukan untuk berbelanja lebih dari keperluan. Bagi yang bergaji tetap, anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan.

Jadikan duit simpanan hasil untung tadi buat bebaskan diri dari belenggu hutang lama. Dan jangan buat hutang baru jika tidak tahu cara mulnaskannya.

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu datangnya dari Allah swt, tetapi bila melihat caranya berusaha. Seolah Allah dijadikan nombor dua pula.

Macam mana tu?

Apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, bila waktu solat tiba, maka solat dikemudiankan dan buat dihujung hujung waktu.

Ramai kita yang separuh sedar, jika tidak dikejutkan.

#muhasabah diri.



18 comments:

  1. Terima kasih PCL... memang mencuba jugak untuk libatkan diri dalam bisnes blogging... buat iklan & menagih review tapi masih tak berjaya... doakan Sha ya :)

    ReplyDelete
  2. Bisnes cara sihat, inshaAllah rezeki itu milik kita.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pcl,'Apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, bila waktu solat tiba, maka solat dikemudiankan dan buat dihujung hujung waktu.'...kita selalu akan sedar bila masalah sedang melanda..

    ReplyDelete
  4. good info. saya juga mula mengambil langkah berniaga dan berblogging ^_^*

    ReplyDelete
  5. tgh mula la ni PCL!! tgh berusaha nak mantapkan blog dulu hehehehhe

    ReplyDelete
  6. Betul, saya pun berbisnes sebab nak majukan diri sendiri dan juga bayar hutang

    ReplyDelete
  7. nice..kadang kala asyik bekerja smpai lupakan apa yang perlu diutamakan dulu =)

    ReplyDelete
  8. selama ni aku buat benda yang aku minat sekadar memenuhi minat saja, tak menjana kewangan pun.

    FR

    ReplyDelete
  9. amat setuju dengan PCL :)

    ReplyDelete
  10. agree !! kena mantapkan blog dulu , baru boleh start bisnes.. :P

    ReplyDelete
  11. hu..hu..lepas ini ramai yang sedar..insya Allah

    ReplyDelete
  12. 4.50 petang...kena tegur dah ni nak pi asaq kejap lah...:)

    ReplyDelete
  13. bebaskn diri drp hutang! yosh! >_<

    ReplyDelete
  14. bace entry pcl..terus bersemangat..hihi... chaiyok2 anis!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.