Luahan Rasa Blogger #2

Saturday, April 04, 2015 PCL 11 Comments


"Kalau makan sedap ingat jiran, ingat sahabat...ajak datang rumah atau pergi ajak ke tempat makan sedap tu.." kata Imam masa tazkirah solat subuh tadi.

Itu yang dinamakan sahabat baik dicari dan dimuliakan.

Jangan tunggu sampai sahabat meminta bantuan, sebab dalam bersahabat pasti sudah faham apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing masing. Perkara macam ni memang susah nak dapat, bukan tak ada tapi payah jumpa di kalangan kita zaman sekarang ni.

Semasa bersahabat inilah perlunya kita ambil kesempatan, iaitu kesempatan untuk memanfaatkan ilmu kebaikan yang ada pada sahabat kita.
Dan andai kata ada perselisihan faham, janganlah sampai menjadi musuh.

Jangan Ada Benci Irihati dan Dengki

Lumrah kehidupan, ada hati yang tak tenang bila kita senang. (Ini terjadi bila ada luahan sinis di wall FB membuat rakan lain kurang selesa).

Kita ambil contoh paling hampir iaitu trend orang bersahabat masa kini "bersahabat" tapi ukhuwah nya bukan secara live dengan bersua muka. Cara sebegini bagus tapi kena pandailah bahagikan masa. Dunia di alam maya dan dunia realiti ada kesannya kepada individu.

Kita berada di zaman dimana kita berada sekarang, tak boleh nak dibandingkan dengan zaman zaman sebelumnya; kita ambil pengajaran baik dari pengalaman mereka yang terdahulu.

Dalam kita sibuk berkawan dan bersahabat..perlu diingat, kita juga punya tanggung jawab yang lebih utama kepada Allah swt.

Jangan ia diremehkan kerana dalam kehidupan seharian di dunia, tempoh waktu dan masa dari dulu lagi dan selamanya adalah 24jam sehari. Guna dan manfaatkan sebaiknya.

Jadillah kita manusia yang semakin hari semakin matang dalam segala hal dan suka saling mengingatkan serta sedia diingatkan.

"JANGAN ADA BENCI,
JANGAN ADA IRIHATI DAN DENGKI"


Luahan Rasa Blogger #1



11 comments:

  1. Betul tu uncle...kita berkawan tak perlu nak ada rasa dengki bagai kan.

    ReplyDelete
  2. agree 100% pcl :) thanx atas ingatan..

    ReplyDelete
  3. setuju dgn PCL.. jgn ada benci antara kita tawww hehehe

    ReplyDelete
  4. semoga ukhwah kita di alam maya juga mendapat keberkatanNya..In Shaa Allah

    ReplyDelete
  5. kita tak dengki dgn kawan...tp kawan dengki dgn kita..tsk..tsk..tsk

    ReplyDelete
  6. kawan bertambah , ilmu bercambah.moga tuhan setuju.

    ReplyDelete
  7. betul tu pcl. tak perlu iri hati dengan orang :)

    ReplyDelete
  8. (^___^)" betul-betul-betul...

    ReplyDelete
  9. Betul tu tak yah nak dengki sangat la ngan orang tak yah nak irihati sangat tak baik..Sebaiknya kita jaga hati kita jaga jugak hati orang lain..Sama2 jaga hati masing2..
    Singgah dari #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari

    ReplyDelete
  10. Sangat setuju dgn statement pcl ni,bersahabat biar ikhlas,bersaing cara positif takper tp jgn smpai khianat kawan,tak baik taww

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.