Penat Kerja Di Rumah ?

Tuesday, April 14, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

Memahami kerjaya di rumah

ada student baru masuk dalam "mamaD Skools", sebenarnya sudah masuk minggu ke 2 mamaD .

anak manaD

#006 nama Yasmin dan #007 nama Arman. Kemasukan Arman kira macam pecah tradisi rokod penjagaan baby girls sebelum ni.

Selalu aku balik masa tengahari, sempat jugak la tolong mamaD rehat sekejap, makan dan solat zohor.

Bayangkan lah macam ada anak kembar bayi dan anak kembar budak 4 tahun..fuhh memang gamat rumah sesekali bila keadaan luar jangka. Biasa lah tu, ada masanya ikut mood masing masing..tidur, menangis dan main.

Mampu buat rupanya mamaD ..ingatkan dah mengalah awal, tapi itu lah kepakaran yang ada ...boleh bertahan sehingga hari ini.

Keletihan terserlah bila malam tiba.., mamaD selalunya selepas isyak sudah terlena di atas sofa.

Hurmmm...hanya orang yang melakukan saja tahu dan memahami kerjaya di rumah...bertapa penatnya seharian.

Yang bestnya, mamaD ni jenis orang yang tak pernah membebel dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kadang sampai ada rasa tak sampai hati untuk menolak permintaan.

"selagi tak cuba..tak tau jadi macam mana" ..*mamaD.






16 comments:

  1. Alhamdulillah MamaD diberi kekuatan utk menjaga anak2 jagaan ..syukur syukur..sesekali atuk lee kena la membantu apa yg patut ya ...singgah dari #exchangefeedgroup ..nnt sggah lagi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Lya , awat atuk lee bkn pakcik..pasaipa mamaD bkn opahD ..belum lagi.

      Delete
    2. Ok tukar Pak Cik Lee la hahhahaa

      Delete
  2. Hehe.. mmg pnt... Kalau tak caya cuba jadi mr.mama...

    ReplyDelete
  3. power la mamaD.. comelnyeee dua2...:)

    ReplyDelete
  4. memang penat kerja dirumah...adakala mengambil tugas wife jaga anak pun terasa penatnya. apatah menjaga amanah yang besar oleh ibubapa terhadap anak mereka. Bukan mudah

    ReplyDelete
  5. Tugas sebagai suri rumah yg menjaga anak sendiri pun dah terasa penat. Ini kan pula ada tambahan anak jagaan. MamaD sangat kuat. Sha kagum :)

    ReplyDelete
  6. Orang perempuan mmmg sebaik2 anugerah tau....kekuatan luar biasa heehe

    ReplyDelete
  7. ye betui.. menjadi suri rumah memang penat. kerja yang takda kesudahan..Hebatnya wanita. Kagum ngan mama D.

    ReplyDelete
  8. baby comel nya..penah ambil ngasuh budak jugak,sorang je la,tapi sekejap ja bab mak dia dapat tukar..bukan senang nak jadi surirumah yang sambil bekerja..kagum dengan mamaD

    ReplyDelete
  9. Anak2 tu amanah ibubapa yang keluar mencari rezeki buat mamaD...moga Allah membalas keihlasan mamaD jaga anak2 syurga tu...:)

    ReplyDelete
  10. memang penat klu jaga baby. kuatnya MamaD

    ReplyDelete
  11. mmg penat kerjaya di rumah ni, cn rather keje dari duk rumah ;)

    ReplyDelete
  12. sebab tu bile isteri buat kerja , isteri layak minta upah!.. nafkah + upah...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.