Apa yang anda tahu berkenaan EFG ?

Thursday, May 07, 2015 PCL 8 Comments


Apa yang anda tahu berkenaan EFG ?


Ramai yang nak tahu tapi segan nak tanya...okay , aku terangkan secara ringkas ;

EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

Blogger

Jika anda blogwalking dan ternampak LOGO tersebut terpapar di bahagian widget blog, maknanya blogger tersebut  berada dalam group #exchangefeedgroup.

Semuanya blogger yang terlibat setakat ni mendapat faedah dari segi pembelajaran mengenai blog khususnya,  apabila berada dalam group #EFG.

Kita ada kelas maya ! Semuanya PERCUMA .

Pcl saja nak bagitau kat sini, sekarang pengambilan ahli direhatkan buat seketika.., ramai permintaan dari rakan blogger terutama yang masih baru dalam dunia blogging.

EFG 'Bukan Sembang Kosong' menunjukkan setiap ahlinya mempunyai minat dan komitmen tinggi, bersungguh belajar teknik dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi blog masing-masing.

Konsep kami belajar bersama, tiada yang bijak malah semuanya bijak-bijak belaka.
Walaupun 'Otai blogger' / pakar selok belok blog/web tidak berada di dalam group, namun kami tetap merujuk kepada tutorial dan juga pengalaman blogger berkenaan.

Yang bersungguh sahaja mampu mengikuti apa kehendak dan konsep EFG.

Keahlian akan ditambah bila kesemua ahli yang terdahulu sudah memiliki ilmu-ilmu yang ada..Itu matlamat  EFG, insyaAllah diberikan kemudahan oleh Allah swt.


Sepintas lalu :

Banner kat bawah (Footer) , nampak ada 2 logo. Selain EFG adalah KBBA... sebahagian kami dari sana dan tetap bersama.  Di EFG kami belajar dan di KBBA pula kami menimba pengalaman. Ilham serta konsep itu terus berkesinambungan untuk memajukan blog dan menjalinkan ukhuwah.


Business Card



8 comments:

  1. semoga EFG terus sukses dan membawa faedah kepada semua ahli, In Shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Semoga EFG terus berkembang maju dan maju dan maju....

    ReplyDelete
  3. Efg terbaik..thanks pcl ats perkongsian ini..

    ReplyDelete
  4. Semoga #EFG terus berjaya

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.