Berbuka Puasa / Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort

Friday, May 29, 2015 PCL 10 Comments

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort

Bersempena bulan Ramadhan 1436H akan datang, Bangi Golf Resort Restaurant dengan bangganya akan mempersembahkan Buffet Ramadhan yang dijangka  bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015.

 Bangi Golf Resort Restoran gambar kredit : projektravel.com

Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa golf resort di Malaysia yang telah menerima Perakuan Sijil Halal daripada JAKIM, Buffet Ramadhan di BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR menawarkan pebagai jenis sajian istimewa sehingga jumlahnya mencecah 200 pilihan !

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort dengan harga yang bermula dari Rm55 untuk dewasa dan Rm27 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.

'Pasukan Dapur' BGR akan menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti 'menggiurkan' dan bakal membangkitkan selera tetamu. Para tetamu BGR boleh menikmati cooking showcase BGR yang menampilkan Kambing Bakar.


Kambing Bakar BGR   

Kambing yang dipanggang secara perlahan masaknya di atas bara api, hirisan dagingnya masak elok dan lembut memang memuaskan hati. Ada disediakan juga sup kambing mamak

Bangi Golf Restaurant

Bangi Golf Resort Restoran kambing bakar

Bangi Golf Restaurant

Bangi Golf Resort Restoran sup kambing mamak

Para pelanggan juga boleh menikmati sate daging dan ayam dengan kuah kacang enak. Selain itu di stesen yang sama terdapat menu Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang dihidang panas-panas di hadapan mata.

Western Appertizer

Di bahagian western appertizer pula para tetamu disajikan dengan hidangan istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma.
Hidangan ini sungguh menyelerakan dan hanya ada di BGR. 


Beef Langsana, Grill Boneless Chiken with Creamy Mushroom Sauce.

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Beef Langsana


Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Grill Boneless Chiken with Creamy Mushroom Sauce

Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula ada disediakan Butter Prawns, Teriyaki Chiken, Black Paper Beef dan Fish Fillet dengan sos serai. Menu kegemaran ramai ; Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging .

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Butter Prawns
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Teriyaki Chiken
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Black Paper Beef
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Fish Fillet dengan sos serai
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Rendang daging


Pencuci Mulut Aiskrim Pacojet

Aiskrim pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan menjadi tarikan ramai tetamu tidak mengira peringkat usia. Kena cuba ini sebab penghsilannya dengan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoran-restoran mewah. Rasailah perbezaannya berbanding aiskrim-aiskrim lain.

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Aiskrim pacojet

Para tetamu boleh mengakhiri jamuan mereka dengan juadah manis dengan hidangan resipi menarik lagi terkini ;








Terdapat juga pelbagai jenis kuih muih boleh membuatkan tetamu menjadi rambang mata.
Antara yang terbaik dan tradisional ialah pulut panggang !

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran pulut panggang tradisional
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Kaswi

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Seri Ayu

Dewan Kenanga BGR

Dewan Kenanga BGR, sebuah dewan makan baru siap dalam tahun ini yang mampu menempatkan ramai tetamu dalam suatu masa. Cantik dan selesa , para tetamu makan sambil dihiburkan  live band dengan alunan muzik Melayu Tradsional  .

Bangi Golf resort

Bangi Golf Resort Restoran Dewan Kenanga 


Bangi Golf Resort Restoran Dewan Kenanga 


Kemudahan lain : Surau Lelaki dan Surau Wanita juga tersedia.

Perkhidmatan lain : Bangi Golf Resort menawarkan Pakej Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Seminar dan majlis-majlis lain.

Info Lokasi Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort :

Alamat : No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan :
+(603) 8925 3728 / +(603) 82100265


Waktu Operasi : 6.30 pagi - 9.30 malam

www.nazlee.com

#foodreview oleh Nazlee Ismail pada 23 Mei 2015
#exchangefeedgroup #EFG
#KelabBloggerBenAshaari


10 comments:

  1. First. Nak bagitahu template baru blog PCL awesome. Daebak =)
    Dua. Nak bagitahu. Ramadhan ni mesti berbuka di BGR jugak! Hehe =)

    ReplyDelete
  2. Assalam bro nazle,
    saaaaaaaajaaaaaaaaaa kan3
    besor2 kan gambor foods itu :P

    ReplyDelete
  3. Amboi PCL... meriah makanan kat sana... Sha plak jauhhhhhhhhhhhh.... aduh.. mampu tengok je laa..

    ReplyDelete
  4. Nak try bwk fmly berbuka kt sini laa nnti

    ReplyDelete
  5. nyum2... btw banyak gambar awesome dalam ni

    ReplyDelete
  6. sedapnya kambing bakar, menu lain pun banyak lagi

    ReplyDelete
  7. makanannya...sgt menggiurkan...argh...makannnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  8. PCL... Along singgah tinggal comment.. nak comment jujur ni, Makanan semua best2 dan mengiurkan.. TAPI,,,,,, BEEF tu BEEF LASAGNA ye... bukan BEEF LASANGNA.... Hehe... Typo detected...

    ReplyDelete
  9. BEEF tu BEEF LASAGNA.... bukan BEEF LANGSANA.... (Along tertypo pada comment yg sebelum ni).. peace

    ReplyDelete
  10. alangkah indah jika dapat menjamu selera disini

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.