Gelagat Hanis Umairah bertuah ..

Wednesday, May 13, 2015 PCL 8 Comments

Gelagat Hanis hiburan keluarga kami


Gelagat hanis selalu mencuit hati.. itu sat lagi aku cerita..

hanis

Pagi bersarapan hanyalah aku dan mamaD di meja makan, mamaD sesekali bangun menuju ke pintu menerima tetamu cilik bersama ibu masing-masing.

Seorang demi seorang datang, ada yang datang masih tidur didakapan ibu, ada yang sudah ceria ikut mood dan ada juga yang buat perangai.. itulah rutin harian mamaD, namun walau sibuk macam mana pun mamaD cafe tetap dibuka ..

Hanis di mana?
Dia hanya akan turun sarapan masa nak pergi sekolah jam 10am biasanya. Bertuah dia ni..anak gadis pcl ni dah terlebih manja sangat.. (kalau aku dulu, pepagi dah bangun tolong emak kemas rumah, jemur kain baju di ampaian dan bermacam lagi kerja budak permpuan aku buat.. maklumlah kami tak ada kakak).

Itulah ...hanis. Tapi dia dah semakin remaja..dah pandai berfikir mana tanggung jawab dan kerjasama dalam kehidupan berkeluarga. Kekadang dia dengan sendirinya buat tampa disuruh.

Sambil makan sarapan, sambil tunggu mamaD uruskan anak-anak jagaan, aku suka tengok apa yang group kongsikan dalam whatsapp..selalunya video lah yang aku layan...

tapi yang ini video gelagat hanis memang kelakar ..menjadi hiburan pagi kami.



8 comments:

  1. Singgah Pagi...
    Anak yang baik...:)

    ReplyDelete
  2. anak-anak zaman sekarang.... gitu lah... hehehehehe... :)
    *untung la Hanis dapat Papa tak garang.. :p

    ReplyDelete
  3. Anak manja mmg menceriakan keluarga

    ReplyDelete
  4. hanis anak manja..kan pcl.. *nama anis memang cmtu* :D

    ReplyDelete
  5. Hanis jgn manja sangat hehe..kena rajin tlg Mama jugak tau..gelagat yg menghiburkan..

    ReplyDelete
  6. hehehe biasalah anak2 gen baru ni..
    amboi comel lilit shawl =D

    ReplyDelete
  7. Assalam abang nazlee,
    manis hanis :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.