Hari hari cari rezeki tapi mesti mau ingat selalu.

Thursday, May 28, 2015 PCL 5 Comments

Rezeki dan usaha, solat utamakan

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu daripada Allah. Yakin namun melihat caranya berusaha, Allah dijadikannya nombor dua pula. Ini khusus untuk kita orang Islam. Nombor dua yang dimaksudkan ialah, apabila seseorang bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat satu pilihan.

Contoh, apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara sedangkan waktu solat sudahpun  masuk, maka solat dikemudiankan, malah dikerjakan dihujung hujung waktu.

Beruntung juga ada keingatan mengerjakan solat walau dihujung waktu, namun ramai yang selalu terbabas. Nauzubillah.

Untuk mendapatkan rezeki yang barakah, jaga solat kita dengan mengutamakan yang lebih utama. Jangan melengahkan waktunya.

#jomsolatfardhu #jomsolatsunat


.


5 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.