Kisah memancing ikan patin pagi tadi
Aku bukan pemancing tegar, tapi bila ada orang yang magajak dan ada masa terluang di masa cuti ini ...apa lagi, semuanya boleh jadi.
Sungai Langat ; awal pagi tadi Kami memburu ikan Patin Buah. Port kami adalah sekitar belakang tapak pasar malam Banting, jalan kunci Air.
Umpan roti gardenia campur kek pisang dan kaya pandan. huh kalau selera orang pon dah terliur dengan sarapan hebat ni, ini kan pula si ikan patin.
Selain umpan roti, kami juga gunakan buah lakom yang pokoknya tumbuh liar di huran tepian sungai tersebut. Nampak seakan buah anggur tapi buah lakom ni bila terkena kulit kira ia sedikit gatal. Mungkin warnanya menarik perhatian ikan patin buah yang makan buah.
Aku, abah, adik dan adik ipar..kami sepakat nak naikkan ikan patin secepat mengkin dan sebanyak mungkin dalam beberapa jam yang ada kerana mengejar masa...sebelah petang nanti ada program lain pulak. Tanpa berlengah, dua pancing sahaja digunakan..untung ada rezeki naik lah si ikan patin.
nak tengok ?
.
WOW BESARNYA PATIN...SEDAPNI DIGULAI R MASAK TOMPOYAK..HMM BUAH LAKOM IKAN PATIN SUKA YA...LAMA XTENGOK BUAH NI..
ReplyDeletewahh bestnya!
ReplyDeletebesar tu...saya pernah beberapa kali memancing.. ayah yang ajar. ayah saya memang kaki pncing betul. sampai g melaka la g perak la dengan pkcik saya
ReplyDeletebaru tau boleh gune kek pisang dgn kaya sbgai umpan.. bese org gune cacing je..
ReplyDeleteAssalam abang nazlee,
ReplyDeleteterer laaaaaaaaa
dapat ikan
besor jugak tu kan3
rezeki3
alhamdulillah
saya pun minat mancing, selalu saya pakai tepung gandum atau roti gardenia digaul dengan pes pandan yg beli buat kek tu.. pernah juga try esen vanila.. sangkut je hehehehhe
ReplyDeletebro, bole kongsi lokasi bro mancing ni? sy google x jumpa pn jln kunci air..
ReplyDeletecuba cari McDonald Banting, sungai di belakang tu jer.
Delete