Pengasuh Bayi Patut Caj Harga Tinggi?

Thursday, May 14, 2015 PCL 12 Comments


Tadi aku masuk pejabat terlewat banyak.. selalu lepas makan tengahari, pukul 2 pm ada dalam pejabat..

Pengasuh, rate caj harga pengasuh anak

Pengasuh Bayi Patut Caj Harga Tinggi?

hurm.. jarang sekali aku tengok mamaD kekalutan.. kalut dengan anak jagaan. Baby Arman tak nak susu botol... nangis teringatkan ibu dia. Baby Yasmin.. nak ajak main main sebelum tidurkan dia. Syafie kejap main baik-baik dengan Laikha, kejap nangis, baik semula dan nangis lagi, mengantuk tapi masih ingatkan mainan.
Rumah kitaorang dah jadi macam kapal pecah..

MamaD punya jadual memang patuh masa ; tidurkan, susukan, mandikan, suap makan... selalu aku tak nampak kekalutan itu..

Tapi tadi.. Arghh.. tension kalau sesekali berlaku di luar kawalan. Hanya orang yang buat dan melihat sendiri dapat tau camana jaga anak ramai?

Patut pon ada setengah baby sitter kenakan caj tinggi. Tengok masyarakat cina, caj bukan 3, 4 ratus RM sebulan... lebih 6,7 ratus sebulan utk sorang baby. Tak apalah, dorang ada rate harga yang orang kita tak sepatutnya ikut.

Patutlah.. bila malam, sesekali mamaD mengadu sakit badan, sakit pinggang.. sampaikan kata nak bersara. Tapi mulut aje cakap... hati masih lagi nak bantu famili katanya. Emm bagus kan..

Sebab tu lah aku jadi bagus gak, tolong sikit mana yang sempat sampai terlewat masuk pejabat. Sesekali memang kesian. Lewat masuk lewatlah balik, kerja kena cover jugak... hati isteri mau jaga gak.

Penat isteri kena faham gak, oleh itu suami jangan banyak sangat memberi arahan dan lebihkan bantuan.




12 comments:

  1. setuju dengan PCL,karenah anak² jagaan ni kita kekadang tak tahu..Tapi penjaga yang betul² ada sifat kasih sayang,yang hanya boleh settlekan diorang ni...walaupun penat,tapi mereka puas hati...Ingat nak bersara dari kerja dan jaga anak² nanti...

    ReplyDelete
  2. faham sangat.. sbb mak lin pun jaga baby...

    ReplyDelete
  3. penat jaga baby. jga anak buah 2 org ni pun kdg2 nk nangis dgn kerenah diorng. huhu penat. tapi kagum lah dgn kaum ibu yg jaga ank2. :)

    ReplyDelete
  4. Sangat memahami sebab merasainya,,,sekarang tiap malam sebelum masuk tidur, ada org tu offer urutkan badan...terima kasih kerana memahami

    ReplyDelete
  5. bagus la jadi lelaki yg paham..mmg penat juga jga walaupon jaga anak sendiri..hihi

    ReplyDelete
  6. saya dulu pun mengasuh jugak..memang sibuk..masa tu memang tak kenal la facebook ke apa..sebab tak sempat..malam memang tidur nyenyak sebab letih...dah lama2 tak larat terus tak mau dah jaga..lepas tu mula bosan..maka keluarla blog sebijik...hahahaha

    ReplyDelete
  7. Assalam abang nazlee,
    betui3
    kalo orang cina ada yang caj samapai rm600-700
    tu rate kat penang hokeyh

    ReplyDelete
  8. Terbayang masa anak-anak saya masih kecil, kena jaga 6 anak yang lahir rapat-rapat kebanyakannya setahun seorang. Ketika itu memang penat. Tapi kepenatan hilang bila tengok keletah mereka....

    ReplyDelete
  9. kawan cina saya kata, nanny dia caj RM1000 sebulan. huhuuuu

    ReplyDelete
  10. semoga segala pengorbanan itu diberi ganjaran syurga...
    bagus PCL sentiasa memahami isteri.. hehehehee... tolong menolong membawa berkat....!! yeaayyy... :)

    ReplyDelete
  11. pada fikiran, patut jugak caj pengasuh bayu ni caj tinggi sebab bayi ni kira 'fragile', dan bayi pun banyak belajar dari persekitaran... pengasuh memainkan peranan penting juga untuk pendidikan awal bayi secara tidak langsung.... kan..

    ReplyDelete
  12. sepatunya kerajaan perlu mmikirkan untuk menaikkan lagi gaji samada di pihak swasta mahupun kerajaan supaya semua isteri berada dirumah fokus menjadi ibu dan guru mendidik anak dan bapa lebih fokus ditempat kerja menaikkan kualiti kerja secara tidak langsung masyarakat terdidik negara berjaya

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.