Villa indah di Melaka
Agrofarmstay @ skill-tech Durian Tunggal Ayer Keroh Melaka
Sebuah Villa berkonsep binaan Inggeris yang terletak di atas bukit dengan persekitaran seluas 30 ekar di kelilingi dengan pokok buah-buahan dan tumbuhan hijau. Villa mendamaikan ini dilengkapi dengan dapur, 2 bilik tamu yang luas, ruang makan, 7 bilik tidur berhawa dingin , set perabot kayu jati, TV Astro dan tempat letak kereta berbumbung. Ia adalah tempat yang sesuai untuk perjumpaan keluarga, perniagaan ataupun peribadi.Sebagai contoh sebelum ini dan terkini (15-17 Mei 2015), sebagahagian dari keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang menginap 3 hari 2 malam di sini. Berpeluang merasakan kenyamanan suasana ala-ala kampung. Ianya sangat mengujakan bagi mereka yang tidak pernah merasai nikmatnya 'kehidupan suasana desa' .
Bagi Hanis dan Nina memamg sudah biasa dengan suasana kekampungan sebab tu depa dah tak hairan dengan suasan desa di luar villa, apa yang aku nampak depa dua beradik ni lebih selesa melepak dalam bilik yang sejuk nyaman ; maklumlah anak-anak dara baru meningkat dewasa lah katakan, semakin besar makin malu dan segan nak bercampur dengan orang luar...kecuali dengan kawan rapat depa aje. (fasa realiti remaja sebahagiannya memang begitu..sebagai parents, kita kena memahami mereka).
Kami sekeluarga menghuni bilik di aras bawah, Bilik 1 dan Bilik 2 . Walaupun semuanya lengkap namun tetap sedikit berdukacita di sini dengan capaian internet yang sangat rendah. Sebagai sumber interaksi dengan dunia luar, capaian internet sangat diperlukan dan kemudahan ini perlu dipertingkatkan untuk memenuhi kepuasan pelanggan di sini. Internet bukan tak boleh akses lagsung tetapi boleh la gagah sesekali dapat !
Nina ambil peluang nak bersantai setelah penat belajar seharian di kolejnya, ini lah masa untuk menenangkan minda dalam suasana percutian keluarga yang tenang dan damai.
Dan selain itu, kini Agromfarmstay telah memperkenalkan produk baru mereka kepada umum iaitu ; Konsep Majlis Perkahwinan di Agrofarmstay.
Anda boleh baca selanjutnya di sini ;
KONSEP MAJLIS PERKAHWINAN @ AGROFARMSTAY Durian Tunggal Ayer Keroh Melaka.
Untuk keterangan lanjut berkenaan kadar sewa dan lain-lain boleh terus berhubung seperti berikut :
Agrofarmstay @Skilltech, Durian Tunggal, Melaka
Laman Web : www.agrofarmstay.my
Email : pertanyaan@agrofarmstay.my
No Telefon : 012-2118246/016-2098623
luasnya hall.....!! wowww.... :)
ReplyDeletecantiknya tempat ni
ReplyDeletewow bestnya pcl.. cantik villa ni..
ReplyDeletehai pcl..khaty singgah sini..cantik villa nie..deko dalaman pun kemas..memang puas hati la tengok
ReplyDeleteCantik villa ni.. kalo g satu family ami ni puas hati...
ReplyDeletebest nye dapat stay villa besar gini..kalau buat family day reramai, pon okey dahh ni..
ReplyDeleteluas nya..perabot dalam nya pun cantik..
ReplyDeleteSuperb lawaaa :D Memang nyaman kalau pergi sana
ReplyDeletetapi kampung inggeris lah kan..bukan kampung melayu
ReplyDeleteOwh, ada eh kat melaka? Dah berpuluh tahun duk melaka. Baru hari ni tahu. Hahahahaha
ReplyDeleteCantiknya interior design rumah tu...mesti rasa tenang je kannnn...
ReplyDeleteNak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html
Menarik...tempat pon nmpak luas..wah bestnye nina duk bersantai..
ReplyDelete