#Cabaran20Hari : Apa erti puasa pada anda?

Saturday, June 27, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

Erti Puasa

#Cabaran20Hari, #Day01
Jawapana kepada soalan Pegertian Puasa ini pernah aku hafal masa zaman sekolah rendah dulu lagi. Masa tu dan sampai sekarang ni bila ingat PUASA mesti ingat dalam kepala bahawa setiap orang Islam yang mengerjakannya tak boleh makan dan minum. Betul la tu, orang berpuasa memang tak boleh makan dan minum tapi sebenarnya lebih dari itu!  tak lengkap.

#Cabaran20Hari : Apa erti puasa pada anda?

Pengertian puasa ; Puasa (shaum) dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Maksud di sisi ahli Feqah pula ialah 'meninggalkan' diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Budak kecik boleh faham tentang puasa terutamanya tentang perkara yang boleh membatalkan puasa, ni kan pula orang yang sudah lama hidup dari mereka.. tapi biasalah, kadang tu ada jugak jadi pak turut dalam ibadah puasa. Pengertian sebenar tentang puasa tidak sampai dan berlaku kepincangan dalam ibadah seharian mereka.

Setiap tahun bila tiba bulan Ramadhan, pasti ada yang berniat mahukan Ramdhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya. Berkelakuan baik, rajin berjamaah di masjid, taknak lengahkan solat bila masuk waktunya. Dan semunya berubah jadi baik, baik dan baik.

1 Ramadhan, Khamis 18 Jun lepas . Ramainay  umat Islam berada di masjid selepas solat Isyak , Alhamdulillah, di merata masjid dan surau penuh untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan solat tarawih berjemaah.

Bulan Ramadhan adalah bulan kesedaran, Bulan untuk bermuhasabah, Bulan untuk menggandakan amal ibadah. Itulah pengertian puasa bagiku #Cabaran20Hari, #Day01

#exchangefeedgroup , #kelabbloggerbenashaari

korang yang berminat atau terasa hati nak memeriahkan #Cabaran20Hari ni boleh la merujuk pada banner untuk tajuk-tajuk hari berikutnya;
*tak ada syarat wajib letak banner okay! cuma buat entri ikut tajuk yang telah ditetapkan.


Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :


Pengenalan cabaran20hari Puasa/Raya 2015 :
http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari.html

#Cabaran20Hari, #Day01
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

6 comments:

  1. Pengertian sebenar puasa perlu difahami barulah dapat laksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya insya Allah. Salam ramadhan

    ReplyDelete
  2. wahh ulasan terbaik pcl.. :)

    ReplyDelete
  3. SEMOGA PERUBAHAN KEARAH KEBAIKAN DI BULAN RAMADAN BERKEKALAN SELAMANYA...

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa buat pcl sekeluarga

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.