#Cabaran20Hari : Pengalaman Sahur
Pengalaman Sahur
#Cabaran20Hari, #Day02Aku sentiasa berselera makan sejak tak bersahur lagi di asrama.
Cerita sikit pasal pengalaman sahur di asrama masa tingkatan 1 hingga 5 ; manu standard mesti ada telur masin sebelah, ada keropok ..(emm lupa plak aku nama makanan tu). Takpa nanti ingat aku terus letak sini.
Bersahur makan ramai² memang best tapi ramai lagi yang best tidur dari turun ke dewan makan.
Sebabnya adalah makanan tak menarik minat student nak makan.
Okay aku dah ingat.. (gambar) keropok tu nama dia papadom. Kata orang papadom ni mampu bagi naik selera makan, tu pasal setiap kali sahur mesti ada dua jenis benda makan; papadom dan telur masin. Sampai sekarang dok teringat bila nampak dua benda alah tu akan menggamit nostalgia bersahur di asrama.
Okay tu dulu masa kanak² remaja lagi, kenangan tak akan terpadam selagi ingatan masih kuat. Semua tu menjadikan kita lebih dewasa.
Bila sudah berumahtangga, mulalah episod bersahur berdua; sesuatu momen romantis bila sepasang suami dan isteri saling membantu dengan penuh kasih dan sayang. Bangun sahur berdua, kedapur berdua.. semangat pengantin baru memang begitu. Isteri memasak, suami meneman didapur, itu kerja paling lekeh yang boleh dibuat oleh suami untuk isteri tersayang.
Bila semuanya dah siap dihidang, ready untuk makan tetiba je kedengaran azan subuh . Nasi belum sempat disuap ke dalam mulut, baru nak senduk kuah terpaksa letak balik.
"Allhuakbar..macam mana nih dah habis waktu imsak?"
keputusan dibuat dengan sabar.. kami sepakat tak teruskan makan sahur sambil telan air liur sambil memerhatikan hidangan ayam masak merah.. glup!!
keseokkanya bila dirisik² dengan orang masjid.. katanya "sini kebiasaanya pak bilal masjid akan laungkan 2 kali azan, satu dilaungkan awal setengah jam sebelum tamat waktu sahur dan satu lagi bila masuk waktu solat subuh"
Memang meduga kesaabaran kami suami isteri masa tu, dan setiap kali Ramadhan, setiap kali dengar laungan azan subuh dari masjid pasti ingat ! sehingga ke hari ini akan kekal sebagai pengalaman sahur yang best sangat.
Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :
Hari 1 http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari-apa-erti-puasa-pada-anda.html
#Cabaran20Hari, #Day02
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari
hihi... telan air liur je la tgk ayam tu ye pcl..hihi.. xpe kenangan yg boleh dicerita kat anak cucu nanti.. :D
ReplyDeletekenangan manis sepasang pengantin baru lattewww...heee
ReplyDeletekenangan sahur yg sangat menarik...sahur kat asrama tu biasa2 sgt setakat boleh makan saja kan...
ReplyDeletehihihihi sabar je lah melepas ayam masak merah tu.. tapi papadom mmg pembuka selera betul. taktau kenapa
ReplyDeleteawat loqlaq tak hengatt
ReplyDeletekesiannya bersahur dgn air liur...
ReplyDeletekesiannya pcl bersahur dengan air liur erk....heheh..kenangan tu
ReplyDeleteOwh, ada 2x azan rupanya. Pemberitahuan la kiranya eh.
ReplyDeleteSelamat berpuasa pcl. Terima kasih byk2.
hahaa...kenangan terindahhh..sweetnye pcl ngan mamaD
ReplyDeletewah..kenangan terindah pcl..tapi tahan perut la sebab tak sahur..
ReplyDelete