#Cabaran20Hari : Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Monday, June 29, 2015 PCL 10 Comments

#Cabaran20Hari Day03 :

Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Satu dua resepi memang dah ada dalam kepala, apa guna jadi suami kalau tak suka membantu isteri di dapur. Tak suka memasak, itu boleh diterima pakai tapi kalau nak hulur bantuan sikit pon tak boleh tu hanya alasan semata².

Awas! kalau laki anda ada sifat ego yang malas macam tu. Tapi sebagai isteri solehah, anda tak perlu nak bebel sangat.. selagi suami suka makan di rumah, itu sudah cukup bagus.. buat yang terbaik, dan hanya anda sahaja yang memahami sambil memanjatkan doa kepadaNya untuk kesejahteraan keluarga tercinta.

Takmau la cerita masakan paling ringkas masak mee segera haha.. tu ringkas sangat! 

"Resepi Telur Kicap"

#cabaran20hari
gambar blog ibu siti

Kat dapur pcl mesti ada telur ayam.. paling ringkas dan menyelerakan adalah resepi memikat keluarga "Resepi Telur Kicap"

Kicap manis, hirisan bawang besar dan cili merah, cuka, telur dan minyak.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng telur angkat dan asingkan.
  • Minyak yang sama tadi  digunakan untuk tumis bawang, masuk kicap, cili, cuka sedikit. kacau rata dan jangan lama sangat sampai bawang layu. Sebentar saja. Siap dan tuang ke.atas telur yang digoereng tadi.
Rasa manis masam dengaan aroma bawang tumis tadi membagkitkan selera makan ketika sahur.

Cuba lah ye..jangan baca aje, lain sikit masak kicap ni tapi ini la resepi tradisi sejak mamaD kecik lagi. Aku dah terer bab ni sebab dah selalu tolong mamaD kadang tak sempat nak melayan Hanis dan anak² kecik jagaan kami.


Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :


Hari 2 : http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari-pengalaman-sahur.html?m=1

#Cabaran20Hari, #Day03
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

10 comments:

  1. feveret say juga PCL ni.. selalu saya suka goreng telru tu garing garing

    ReplyDelete
    Replies
    1. garingggg...seb baek baru pas makan

      Delete
  2. feveret irra tapi tidak bg daddyG...so xleh buat menu ni..haha

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya dh lama xmkn masakan gini.

    ReplyDelete
  4. makanan yang simple memang sedap..terliur la tgk

    ReplyDelete
  5. waduhh....gambar makanannya enak banget deh...

    ReplyDelete
  6. wah..PCL sedap ni...KG pun suka telur goreng dengan kicap cuma resepinya saja lain...

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Sahur pertama dah masak ni... Kanda yang request... Nak makan telur masak kicap..

    kebanyakkannya memang makan sumber protein pemberi tenaga...

    jemput baca : http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

    ReplyDelete
  8. sedap je kak ana kalau ada kicap ni :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.