Inspirasi Menulis Dalam Blogging

Wednesday, June 24, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Inspirasi Blogging

Kadang susah nak dapatkan momentum atau mood blogging yang berterusan bagi menghasilkan karya. Perlu ada sumber inspirasi, tujuan dan target.

Suatu tempoh masa, mood berblog sesorang blogger akan merudum, ini  berlaku kepada kebanyakannya blogger secara umumnya.

Aku sendiri dah memasuki tahun ke 5 serius dalam blogging, dah biasa sangat tengok perkembangan rakan blogger dan baca luahan mereka berkenaan mood menghasilkan entri atau mood menulis.  Ada masa rancak hasilkan entri dan ada masanya sunyi sepi 'blog bersawang' dalam tempoh tertentu.

Sekali dalam setahun atau dua tahun sekali pasti akan ada mood macam ni.. mood malas nak update entri, mood nak memulakan rentak penulisan.. mungkin ini dinamakan "tempoh bertenang". Aku risau kalau ia jadi "tempoh bertendang" !

Blogger separuh masa mungkin tak kisah, berbanding blogger sepenuh masa yang 'cari makan' dengan blogging.

Apa penyelesainnya?
Ingin menjadi blogger hebat kenalah berfikiran kreatif, kena bijak memikat pembaca, Kuat semangat dan berusaha mendapatkan suntikan inspirasi. 

Inspirasi selalunya akan hadir dengan berbagai cara ;

#Perhati gelagat sekeliling .

#Perhatikan gelagat anak-anak, tengok gambar family .. tengok gambar isteri anak.. tengok gambar emak ayah , tengok keluar tingkap..tengok pemandangan hijau. 

#keluar dari "kotak" dan berfikiran luas.
bila selalu duduk terperuk di suatu tempat yang sama, tak suka bercampur masyarakat luar, Tak ada masa dengan dunia luar,  fikiran boleh jadi karat, otak 'membeku' !

" I' am looking out of the window waiting for something to blog...hemmm "



7 comments:

  1. Hehe. Cik ti pun macam tu jugak. Terutamanya bila sibuk dengan kerja yang lebih penting. Chaiyok PCL. Semoga lebih berinspirasi.

    ReplyDelete
  2. sometime terfikir mcm tu jugak abg nazlee.. rasa mcm nak delete jer. tapi since ramai cakap jgn delete.. blog jue sgt berguna.. ramai org cari jue jadi tak jadi delete tp jadi kuat semnagat utk update.. walaupun resepi noxxa.. hahhahaha...

    ReplyDelete
  3. jangan bertenang lama-lama....he

    ReplyDelete
  4. tabik kepada blogger yang menggunakan blog sepenuhnya sebagai income utama ^_^*

    ReplyDelete
  5. bak kata Allahyarham Nik Aziz,sampaikanlah nasihat walaupun sepotong ayat! kipidap PCL! banyak lagi nasihat tersimpan tuuu hihi

    ReplyDelete
  6. Keep moving forward abg PCL..

    ReplyDelete
  7. Agreed! as blogger kita kena jadi kreatif. Kadang orang lain tengok biasa je tapi blogger tengok luar biasa. Tapi dalam kreatif biarlah hasilkan entry yang dapat beri manfaat pada orang lain kan :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.