Langgar Objek Keras, Rosak Kenderaan Atas Lubuh Raya SKVE ?

Thursday, June 04, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

03 Jun 2015, 8.30 malam

Lebuh Raya SKVE (arah timur) berdekatan Tol Telok Panglima Garang

Malang tak berbau, deretan kenderaan tersadai di tapi jalan akibat terlanggar objek keras . Tiada kecederaan kepada pemandu serta penumpang kenderaan yang terbabit.

SKVE laluan bahaya

lebuh raya SKVE

lebuh raya SKVE

Kejadian berlaku dimana terdapat objek besi berkedudukan  melintangi atas jalan raya tidak dialihkan segera. Dalam suasan gelap, ramai pengguna tidak perasan objek tersebut lalu terlanggar. Akibatnya kesemua kenderaan terlibat mengalami kerosakan pada rim tayar, tayar meletup, bumper dan bahagian bawah kereta rosak.

lebuh raya SKVE

Dalam kes sebegini, siapa harus dipertanggungjawabkan untuk  gantirugi kerosakan?

Pengguna?
tidak mungkin sebab mereka tidak perasan akan objek dalam suasana gelap jalan yang tidak berlampu (kecuali lampu kenderaan).

SKVE?
Kami ada peronda, pada masa kejadian kami baru dapat laporan, kami ambil masa untuk datang dan bertindak.

Objek?
Benda tak bergerak, jatuh tidak disegajakan. 

lebuh raya SKVE

Kesemua mangsa terlibat diminta membuat laporan polis oleh pegawai kanan SKVE yang datang untuk meredakan suasana ketika itu. Syabas dan Tahniah semoga semuanya berjalan seperti yang dijanjikan.

Perhatian kepada pihak SKVE untuk penambahbaikan :
1. Ratakan permukaan jalan yang banyak berbonggol.
2. Peruntukkan Lampu Jalan sepanjang lebuh raya.

17 comments:

  1. uishhh bahayanya..
    patutnya pihak lebuhraya kena selalu check jalan kan..

    ReplyDelete
  2. sangat bahaya kepada pemandu..kalau dah jalan gelap macam tu,macam mana nak nampak..patutnya mereka kena ambil tindakan dengan pantas

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tiada yang cdera tapi kesan pada kenderaan boleh menangis dibuatnya.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    Boleh claim tak?

    ReplyDelete
  5. Assalam abang nazlee,
    oooohoiiiiiii
    dugaan betui kalo kena lagu tu
    sabor jer la kan3

    ReplyDelete
  6. bila dh jadi mcm ni semua xnak bertanggungjwb, xpsl2 diri sendiri kena tanggung kesalahan org lain..

    ReplyDelete
  7. memang seram lalu sini. sama dekat johor highway senai-desaru. jalan 2 highway ni sama. macam tak terurus.

    ReplyDelete
  8. buat report polis then dapat ganti rugi ke tak..?
    jangan buat report saje... issyyhhkkk.. memang bahaya la, tak ada lampu jalan pulak tu..

    kalau MyVi tu, silap2 dah jadi kes lain pulak.. keluar Harian Metro nanti... kikikikikiii...

    #abaikan lawak hambar#

    ReplyDelete
  9. Kesiannya mangsa yang terlibat. Moga dipermudahakan urusan semua.
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  10. SKVE antara highway yang kurang lampu highway. Same goes to LATAR & LEKAS. Tapi, syukurlah tak ada nyawa yang melayang walaupun kereta banyak yang rosak. Maybe after this, SKVE will take the matter into serious thought & more improvements will be made to ensure the safety to the road user =)

    ReplyDelete
  11. keret yang langgar pun jadi gitu..kalau motor langgar cemana la gamak nya..

    ReplyDelete
  12. bahaya..mcm ada kes sblm nih..yg tayar tgh jalan smpaikan bas accident...tah mana dtg tayar tu..hm...malang tak berbau,kita pun memang takkan tahu..huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. Semasa saya kerja dengan USM, pernah dua kali terlibat dengan kes serupa.

    Pihak PLUS datang, ambik keterangan, ambik gambar.

    Objek ada di atas jalan memang bahaya. Saya siap merasa juga kereta 'ternaik' sebab benda dilanggar masuk bawah kereta, nasib baik tiada kemalangan jiwa.

    ReplyDelete
  14. Jalan skve sndr pon boleh tahan teruk, kalau saya drive kat skve tu, tak boleh nak laju sebab bonggol tu, takut bumper tertinggal kat belakang..

    Tapi member saya pernah kena pasal objek besi ni, tapi kat satu tempat yang lain, benda tu terbang, kena cermin depan, tembus seat passenger sebelah, tembus ke cermin belakang, nasib baik xde sape naik dengan dia, kalau tidak, mau ada yang mati tu

    ReplyDelete
  15. situasi yang membahayakan pemandu

    ReplyDelete
  16. Bapak yang bersalah dalam hal ini!! Bapak membesarkan sazali secara ....!
    Dialong dari anakku sazali (tetiba)

    ReplyDelete
  17. SKVE mmg teruk, jgn bawak laju2 dkt situ sbb jalan amat dasyat, kawan cn ramai yg pernah eksiden dkt situ

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.