Mencari Bonus ?
Pencarian Bonus
Bermulalah pencarian bonus untuk ibadah kita sejak semalam lagi yang Allah sediakan Dalam bulan Ramadhan yang mulia, setiap amalan baik akan berlipat ganda pahalanya.
Bonus macam ni wajib dicari, ianya bukan datang begitu saja..
Bonus kerajaan kepada penjawat awam selalunya akan diumumkan, kadang ada kadang tiada dan kebiasaanya akan dapat mengikut gred atau pangkat begitu juga pekerja sektor swasta.
Bonus Ramadhan adalah untuk setiap umat Islam yang istiqamah mengamalkannya dari bulan-bulan sebelumnya. Mempergandakan amal ibadah seharian.
Dalam bulan ramadhan terdapat banyak amalan-amalan yang tiada pada bulan lain malah digandakan pahalanya lebih dari bulan-bulan yang lain. Tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa bulan ramadhan ini ialah bulan mendapat bonus dari Allah swt. Sebab itu kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya yang bukan hanya satu bonus yang ditawarkan malah sangat banyak dan berlipat kali ganda pula.
Antara amalan yang terdapat pada bulan ramadhan yang tidak terdapat pada bulan lain ialah puasa, zakat fitrah, kelebihan beramal pada lailatul kadar dan solat tarawih. Allah swt memberikan ganjaran kepada hambanya bagi satu amalan yang baik ialah dengan 10 pahala (10 kali ganda) sehingga kepada 700 pahala dan lebih dari itu.
Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 :
"Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui "
Marilah kita cari dan rebut peluang yang datang sekali sebulan dalam setahun .
Ramadhan bulan ibadah,
Ramadhan bulan kebahagiaan.
Salam 1 Ramadhan buat semua sahabat mayaku semoga segala amalan kita mendapat rahmatNya.
Assalam abang nazlee,
ReplyDeletesalam ramadhan & selamat berpuasa naaaaaaaa :)
selamat berpuasa PCL. bonus puasa lagi berfaedah dari bonus duniawi. hihi..
ReplyDeletesemoga di bulan ramadhan yang mulia ini semakin banyak bonus yang kita perolehi..insyaAllah
ReplyDelete