Operasi JPJ Musim Perayaan

Monday, June 29, 2015 Nazlee Ismail 3 Comments

Bulan Ramadhan dah jadi sinonim kalau orang sembang pasal pahala, perkara-perkara yang membuat kurangnya atau lebihnya dalam amalan seharian berpuasa. Bulan ini jugak orang bicara pasal persediaan nak sambut raya. Maaf cakap lah, ada orang puasanya biasa-biasa tapi beraya dia yang lebih-lebih.

Bulan Ramadhan nak masuk ke Bulan Syawal, ramai orang sibuk sana-sini sampai tak hirau pasal keselamatan diri dan pengguna lain di jalan raya. Info terkini. JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan ada membuat kenyataan rasmi supaya pengguna jalanraya lebih berhati-hati dengan 7 kesalahan yang menjadi tumpuan operasi penguatkuasaan JPJ sempena musim perayaan ini.

Kalau hukum agama (akhirat) boleh senang-senang langgar , ini kan hukum duniawi.. walau dunia semata jika tidak dilaksanakan dengan baik, susah jadinya nanti.
Perkara yang susah nak kawal berkenaan sikap pemandu / pengguna jalanraya dipetik dari artikal ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan, kesalahan

Operasi JPJ Musim Perayaan

1. Telefon Bimbit
2. Lampu Isyarat
3. Topi Keledar
4. Lorong Kecemasan
5. Garisan Berkembar
6. Memotong Sebelah Kiri
7. Tali Pinggang Keledar

Sebab ambil mudah, ada sebahagian pengguna dapat duit Bonus, dapat wang bantuan BR1M tapi belanjanya untuk bayar saman JPJ. Awas ! kenalah berhati-hati untuk kesejahteraan bersama..nanti dah kena saman baru nak salah sana sini. Salah sendiri / sikap tak cerdik tak pulak nak ubah ...hurmm.

Cara mudah, dan biasakan buat ;
  • Guna hand-free untuk jawab panggilan telefon, dan jangan leka sangat berbual
  • Lorong kecemasan bukan untuk kereta-kereta mewah walau anda mampu bayar saman. Siapa pon tak boleh kecuali kecemasan sahaja. Jangan salah guna.
  • Masuk kenderaan, duduk dan pakai tali pinggang keleder baru jalankan kederaan.
  • Over-take sebelah kanan bukan kiri jalan, double line tak boleh !
Sama-sama elak tragedi, dan memudahkan tugas JPJ. Semoga pihak JPJ dapat melaksanakan tugas dengan baik dan membantu menjaga keselamatan jalan raya.



3 comments:

  1. kesian diaorang..kita raya depa kena kerja..heheh

    ReplyDelete
  2. Ok.. Good info. Everybody please take note.. :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan. Ena kena hati2 nanti sebab balik kampung bawak kereta.. Hopefully tak ada apa2

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.