Peniaga Bazar Ramadhan Harus Amalkan Perkhidmatan Melebihi Dari Kaut Keuntungan?
Rehat dari memasak !
mamaD ajak ke bazar ramadhan .. semalam baru hari ke 5 puasa dah tak ada idea nak masak menu untuk berbuka.Suri rumah biasanya banyak idea, tapi ada juga hari malasnya, ni bukan alasan tapi memang taktau nak melayan keinginan Hanis.. bosan dah semua yang dia biasa makan.
10, 20 ringgit pasti dibelanjakan.. tengoklah apa menu yang dapat dengan nilai rm sebanyak tu.
Ahad lepas aku dengar tazkirah ustaz di masjid pasal peniaga bazar ramadhan;
Amalkan Perkhidmatan Melebihi Dari Kaut Keuntungan
"Kalau sahabat, jiran atau kenalan berniaga kita sebolehnya bagi sokongan moral dengan membeli jualan mereka. itu hak kita sebagai kawan.Peniaga pulak, sebolehnya berniaga dengan ikhlas niat dan lakukan berniaga itu lebih kepada untuk memberi khidmat kepada pelanggan yang rata-ratanya bekerja dan tak sempat nak masak juadah sendiri."
Alangkah bagusnya kalau semua peniaga amalkan perkhidmatan lebih dari kaut untung.
Satu dua bebelan dari mamaD hasil 'lawatan' tak rasminya ;
"lalat banyak hinggap atas kuih muih, lauk pauk tak bertutup dan peniaga buat tak endah je.. halau pon tidak!"
"beli mahal takpa kalau puas hati makan, sesedap rasa kalau mahal pon...ni tidak !"
emmm patut la lama sangat sampai tertidoq aku tunggu dalam kereta..punya nak cari peniaga bersih dan memenuhi seleranya.
#memangpatutmasaksendiridirumah
Salam Ramadhan...
ReplyDeleteBonde pon belum terjah mana-mana PaRam lagi walau ada banyak kat area Sepang ni...
Alah membeli, menang memakai itu kalau beli barang...
kalau beli makanan
Alah membeli, kenyang memakan... boleh ke ?
Betul. kadang peniaga ni time bulan puasa yang sepatutnya dapat pahala dari berniaga tapi jadi orang benci pulak. kesian kat pembeli kalau makanan basi ke, makanan dah tak boleh makan ke!
ReplyDeletetulah..kekadang kita yang datang menyinggah kat kedai tu pulak yang halau lalat yang banyak tu..
ReplyDeleteJarang ke bazar sekarang ni..
Setuju.. Sangat setuju.
ReplyDeleteYoorin & suami pon cerewet bab makanan..maybe sebab hasben pon tukang masak..kat rumah pon hygiene penting sgt.. heehhe..
ReplyDeletekalau saya pun tak mau la kedai yang banyak lalat..lagi2 yang jual lauk pauk..takut balik2 rumah tengok celah ikan ada lalat bertelur..pernah kena dulu macam tu..buang je..tak makan pun sebab semua dah kembang tekak,..sebab tu sekarang mana ada beli dah kat bazar ramadhan..masak sendiri je..
ReplyDelete