Pergi jauh-jauh kau wahai 'sakit mata' conjuntivitis !!

Tuesday, June 02, 2015 PCL 5 Comments



RISAU jugak nak turun ke bawah memain dengan anak anak asuhan mamaD, aku lebih selesa berada di ruang tingkat atas rumah, sudah 4 hari menghidap sakit mata, hari ni dah kira baransur baik  kurang banyak dah merah di kedua belah mata...lega rasa.

Alhamdulillah.

anak asuhan

Orang cakap masa nak dekat sembuh tu lah, baktiria semakin aktif , lagi senang nak berjangkit dengan orang lain. Aku berserah dan tawakal 'alallah..

Aku nak jugak memain dengan anak-anak, nak jugak bising-bising nyanyi-nyayi dengan Laikha, Syafi, Batrisha dan dua lagi baby yasmin dan Arman...

Kesian mamaD, nak bantu dia sementara aku ada kat rumah..bukan selalu cuti ; ini pon dah berapa tahun tak dapat 'cuti lama'.

Langkah-langkah bagi mengurangkan jangkitan sakit mata (conjuntivitis)

Aku harap aku lah orang yang last sekali kena sakit mata dalam kawasan kuarters kami tinggal ni..lepas ni pergi jauh-jauh kau wahai 'sakit mata' conjuntivitis !!

Conjuntivitis memang sukar dicegah dan cepat berjangkit, namun langkah-langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak aku cuba patuhi ; Doktor yang aku jumpa semalam masa dapatkan rawatan cakap

"tengok mata, bertentang mata tak akan jangkit selagi kamu tak sentuh dengan tangan dan kemudian sentuh pula orang lain"

· mengelakan tangan menyentuh mata
· kerap menyuci tangan
· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan
· elakkan daripada menggosok mata.
· Sentiasa gunakan kacamata hitam.
· jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.


Jadi kesimpulannya ;

tak perlu lah 'orang sihat' risau takutkan keberjangkitan ;

macam lah kita ni kena HIV..huh !
macam lah penghidap mata setaraf dengan penyakit kusta...gerunnya !!



5 comments:

  1. kalau saya confirm berjangkit sebab mana mana budak saya jumpa suka korek mata saya (T_T) hahahahaha

    ReplyDelete
  2. semoga cepat2 sembuh PCL, amboi lepak kat rumah pun dengan t-shirt EFG nampak :)

    ReplyDelete
  3. Assalam abang nazlee,
    ooooo
    thanx for the info
    iols tak pernah lagi kena sakit matani :)
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Sellau orang kata, jangan tengok mata orang yang sakit mata, nanti berjangkit! Sha pun dulu ye-ye je pejam-pejam mata tak nak tengok mata kawan, padahal tu semua mitos semata-mata. Haish. Papepun PCL, semoga cepat sembuh =)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.