Resipi Char Kway Teow, Char Keow Teow, Char Kuey Teow
Char Kway Teow, Char Keow Teow, Char Kuey Teow
Orang sebut yang sama makna merujuk kepada masakan popular di utara Semenanjung dan kini di seleuruh Malaysia. Asal namanya dari dalam loghat Hokkien (Kaum Cina di utara)
Penang punya char koew teow original nindia memang best ! kalau kita singgah mana-mana gerai char koew teow, boleh nampak tukang goreng dia suka 'main api' ..haa, maksudnya goreng dengan api yang menjulang tinggi, itu lah trade mark depa, char koew teow penang. Memang Sempoi !
Aku ada sikit pengalaman buat resipi kesukaan keluarga sejak dulu lagi. Kalau dulu rajin makan kat gerai char koew teow tapi bila dah pandai buat sendiri resipinya, rasa macam beli dan makan kat gerai tu tak berbaloi pulak..ya la, sepinggan tak puas makan kadang tu..kan?. Tengok meleleh, lembik dalam pinggan kadang ada orang yang tak suka tapi sebenarnya lebih ramai yang suka daripada tidak! Kena percaya ni dan semestinya kena rasa dulu baru tau !
Resipi Char Kway Teow
Sebenarnya mudah saje nak buat kicap tu, aku nak share dan bukan nak caras orang punya bisnes. Ini resepi aku buat sendiri. Lain orang lain cara, kalau nak ikut cara aku buat ni silakan...
Biasanya kena ada tiga bekas kalau kita tengok peniaga gerai letak dalam bekas kat dapur masak depa. Satu untuk kicap, satu lagi untuk sambal dan lagi satu bekas bawang putih kisar.
Cara buat kuah kicap char koey teow :
- Kicap manis + kicap masin + air (nisbah masin manis 1:1 dan air untuk banyakkan kuah)
Ramai yang tanya aku macam mana nak nisbahkan.. Okay nak bagi mudah cara, bancuh siap-siap dalam bekas di mana sukatan air dalam 1 liter, campurkan kicap manis dan masin. Rasa masin manis tu secukup rasa. Kalau guna sudu teh, 2 sudu untuk kicap manis dan 1 sudu untuk kicap cair.
Cara buat sambal cili char koew teow
- Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar halus)
Cara sediakan bawang putih
- Bawang putih+air dikisar halus (untuk tumis bagi naik aroma)
3 langkah atas ni kena sediakan dulu selepas tu baru boleh letak kuali atas dapur untuk proses menggoreng. Lagi bagus kalau guna dapur yang boleh adjust api kecik besar.(kepala gas boleh laras)
Cara Memasak char koey teow :
- Panaskan minyak masak (2 sudu besar), tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (1 sudu besar) sehingga naik minyak- Masukkan kuah kicap yang telah dibancuh siap-siap (Air + kicap manis dan masin)
- Didihkan
- Masukkan udang (tak perlu rebus), kucai, kerang dan kuah kicap (sukatan lebih untuk lebih banyak kuah)
- Masukkan kuey teow
- Masukkan tauge
- Besarkan api, dengan pantas pecahkan telur dan gaul rata. (pantas kalau tak nanti rasa hangit pulak !)
Ok dah siap tak sampai 5 minit korang akan dapat rasa macam mana char koew teow penang original rasa ! insyaAllah.
Bahan-bahan ; Koew teow, kicap cair, kicap masin, udang besar, minyak masak,taugeh, kucai , telur ayam dan air. Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar) Bawang putih + air (bahan dikisar)
Tips menggoreng char kuey teow
Goreng satu per satu (Satu gorengan untuk satu pinggan satu orang makan). Ini cara orang meniaga buat !
Kepada yang nak bertanya lebih details lagi boleh wasup saya 017-4009726 (percuma)
Dan kalau nak belajar buat kuah kicap home made pun boleh jumpa saya. Sediakan bahan dan kita buat sama-sama :) insya Allah. segala kos akan dibincangkan.
Mmg senang buatnya kan.. Ken rajin je kan..
ReplyDeletesedapnya char kway teow..feveret nih...
ReplyDeleteYa Allah sedapnyaaa.. nanti nak masaklah! Terima kasih atas perkongsian resepi.. yeahh
ReplyDeleteyoorin tak makan kuey teow.. tapi kalau char kuey teow yang banyak kuah camni makan laa,..haha..
ReplyDeletewahh pcl buat sendiri char kuey teow.. mmg makan kat kedai tak puas sebab selalu sikittttt sgt.. sebenarnya ada kicap khas untuk char kuey teow dijual. kebanyakan gerai di kedah pakai kicap tu je.. heheheh
ReplyDeleteBaru 3hari lepas suami belikn kt bazar ramadhan tp x berapa nk sedap sbb dh kembang. Buat sendiri mcm best je
ReplyDelete6 tahun lalu Zumal pernah jual Char Koew Teow, amik resepi kat botol kicap ja. Hehe :)
ReplyDeletehmm yummy...
ReplyDeleteawak belum pernah ngerasin makanan ini :(
Nak tanya, kuah kicap mana2 pun boleh digunakan jgk ker, ataupun hanya ada jenamanya yg tersendiri dgn kuah kicap untuk char kuet tiew.
ReplyDeleteBoleh guna apa2 jenama kicap manis tp bukan jenis kicap cair masin.. kipas udg boleh, jalen pun ok.
DeleteSelmat mencuba.
Cam mne nk thu kuantiti stiap bahan nk bhan buat sambal cili char kuew teow tu?
ReplyDeleteboleh call saya
DeleteAssalam.. kalau utk kicap Manis x kisah jenama apa, Utk Kicap masin jenama apa yg sesuai.. Terima kasih
ReplyDeletekicap cair .. tak kisah jenama apa (cari yg halal :)
DeleteNak call admin macam mana... Ada number fon tak
ReplyDelete0174009726 nazlee
DeleteMENJADIII MEMENG TERBAIK SEDAP MCM KT KEDAI KIKI
ReplyDeleteSori...bila masa nak masukkan kuey tiaw nya?
ReplyDeleteAda org kata masukkan air bergas sperti sprite atau coke menaikkan rasa kicap. Betul ke
ReplyDeleteada jugak tapi selalunya org masuk sprite dalam sup tulang. dalam kuah cahr koey teow belum pernah dengar. mungkin boleh dicuba ..
Deletecam mane nk tahu kuantiti nk buat bahan sambal cili char kuay teow??? tolong terangkan
ReplyDeletenak tahu kuantiti bahan sambal cili..tolong bagitahu please
ReplyDelete