Resipi mudah Kerabu Tembikai .

Wednesday, June 17, 2015 PCL 9 Comments

Resipi mudah Kerabu Tembikai .


Tembikai yang dimaksudkan bukan bahagian isi merah/kuning tapi bahagian dalam kulit yang warna putih tu.
Elakkan pembaziran, kalau tak tahu cara buat pcl boleh tunjuk resipi mudah ni..

Bahan-bahan ;
1) Kulit Tembikai (bahagian dalam)
2) Cili padi (blend macam buat sambal)
3) Bawang Besar (potong kerabu)
4) Garam dan gula (secukup rasa)
5) Limau nipis (kalau suka masam)

Cara-cara ;
1) Mula dengan kaut/cakar guna sudu bahagian dalam kulit tembikai.
2) Campur semua bahan dan gaul sebati
3) Perah limau nipis jika perlu
4) Siap untuk dihidang (Masuk dalam peti sejuk untuk rasa kesegaran)

kerabu

Ini (gambar atas) yang mamaD buat pagi tadi... tak sabar menanti lunch hari ni sebelum Ramadhan tiba (esok). Dan gambar bawah ...plating by pcl ..ok tak ??

kerabu

kerabu

Selamat mencuba dan  Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak




9 comments:

  1. tak pernah lagi merasai atau jumpa kerabu tembikai ni PCL..

    ReplyDelete
  2. Wah.. uniknya... lepas nie xde lagi pembaziran..

    ReplyDelete
  3. Wah pcl...plating tu mengancam...chef Adu pun boleh terkejut tu...

    ReplyDelete
  4. Oh baru ena tahu ambil bahagian isi warna putih kat kulit buah tembikai.. ingat ambil yang warna merah tu

    ReplyDelete
  5. tak penah cuba lagi ni....

    ReplyDelete
  6. masa kecik2 dulu selalu opah buat..dah lama la tak makan..anak2 tak suka..suami pun tak makan..selalu beli tembikai makan gitu je la..

    ReplyDelete
  7. macam sedap je nih..kalau masam2 ni mmg feveret..

    ReplyDelete
  8. Assalam abang nazlee,
    he3
    tak pernah dengor lagi nama kerabu ini :)

    ReplyDelete
  9. First time dengar kerabu tembikai. Esok boleh cuba :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.