Soalan untuk Wanita dan Isteri

Tuesday, June 16, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

Cakap berkenaan lelaki dan suami?
Pcl dapat rasakan pengunjung blog nazlee.com ni 80 peratus adalah wanita, itu sebab pcl bertanyakan soalan ini ;

Sebagai isteri, anda suka tidak kalau dia (suami / bakal suami anda) sering bersama rakannya selepas waktu bekerja dan pulang lewat ke rumah atau selalu menghabiskan banyak masa dengan 'orang luar' berbanding keluarganya sendiri?

Itu bagi kes suami yang suka aktiviti di luar rumah, dan jika suami berada di rumah pula (ada macam tak ada), asyik dengan sosial media?

Apa tindakbalas anda ?
Setakat mana tahap ketidakpuasan hati anda ?
Cemburu ?
Bagaimana anda menangani ?

pcl blogger

Alhamdulillah, pcl sudah melebihi 15 tahun hidup berkeluarga, akui tetap ada permasalah yang sama dan pcl tahu anda juga. Biasa, itulah rencah kehidupan dalam berumahtangga.

Setiap perkahwinan itu mempunyai fasa-fasa yang akan ditempuh. Pasangan dan rumahtangga yang nampak bahagia dan ‘sweet’ selalu, bukanlah tidak ada ribut taufan di sebaliknya. Pasangan yang kelihatan seringkali bertengkar juga bukannya tidak melalui tempoh-tempoh aman dan kemanisan. Semuanya itu tidak perlu ditunjuk, disebarkan. Fasa perkahwinan kami sudah memasuki fasa ke empat. Syukur alhamdulillah. Perlu ada ciri Mawaddah Warahmah dalam membentuk sebuah keluarga Sakinah.

Kalau sebelum berjodoh kita boleh berusaha memilih calon suami tapi bila sudah dijodohkan dan ditakdirkan Allah, dia jodoh kita ..redha aje lah. Saling memperbaiki yang mana ada kekurangan itu adalah jalan terbaik penyelesai masalah.

Mungkin ini kriteria bagi gadis-gadis yang hendak membuat pilihan bakal suami :
Berkemampuan, Tidak Dayus, Baik, Tidak Membebankan, Mempercayai Isteri, Bertanggungjawab,
Mudah Memaafkan, Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah.

#sekadarperkongsian.
#janganemosisangat.

16 comments:

  1. Singgah petang...
    serius mmg kadang² rasa mcm tu jugak bler suami asyik kuar ngan kawan..
    tapi so far,xde masalah sgt..sbb klu suami keluar jumpa kawan..biasa nieyl akan bz kan diri dgn kerja rumah..abiskan masa berblogging atau apa sahaja sambil menunggu suami balik :)

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah sini, banyak dah berubah rupanya =)

    kalau nak dibandingkan dengan saya yang baru nak menjengah 8 tahun,
    rasanya tak banyak yang boleh dikongsikan
    cuma suami saya jarang keluar bersama rakan tanpa memaklumkan pada saya
    bila saya tahu dia dengan siapa dan di mana, saya takdelah rasa apa-apa =)

    jealous tu harus, kan tanda sayang =)
    tapi biarlah berhemah kan

    ReplyDelete
  3. husband saya jenis tidak bersocial di media, tapi bersocial di alam nyata.. hang out dan lepak minum teh dgn kawan2.. saya pula jenis bersocial di alam maya, suka chat, facebook blog dari keluar shopping atau minum dgn kawan... saya tak suka cara husband saya, dia pula tak berapa suka cara saya tp dia ok ja saya chat atau facebook while dia tak ada.. so last last kitaorang give and take sajalah after nk masuk 3 tahun ni dah tak sentap senatp.. cuma sebaiknya kita dahulukan keluarga dari bersocial secara nyata atau maya.. family first. handphone dan laptop kdg kdg kena put aside juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENY...
      Macam ada persamaanlah kita punya situasi.. he he he

      Delete
  4. Sha prefer family man. Utamakan keluarga berbanding orang luar. Tak salah rasanya kalau nak keluar bersama kawan, tapi berpada-pada. Tapi kan, nak request syarat banyak-banyak pun tak boleh kut, hehe =D

    ReplyDelete
  5. Assalam abang nazlee,
    alhamdulillah saya punya kes sederhana
    bukan kata tak ada masalah ni (dua2- kes lepak dengan kawan & kes gadget)
    TAPI under control
    sebab iols ni jenis cakap direct
    tak suka memang akan cakap kat hubby he3
    alhamdulillah hubby kalo nak buat apa2 mesti akan tanya pendapat iols :)
    berbincang is the best way :)

    ReplyDelete
  6. tahniah PCL

    azlindaalin.com EFG 046

    ReplyDelete
  7. Sejujurnye...
    Kita atau Suami hendaklah jujur dan ikhlas berkawan dengan kawan alam maya ni... seeloknya kita perkenalkan dengan family kita... selebihnya terpulang dekat dia untuk percaya atau tidak..dapat terima atau tidak kawan kita...

    Untuk para isteri :

    berpeganglah pada:
    janji sy jaga batas sy...
    awak jg batas awak
    sy tahu awak suami dan sy isteri
    jaga perasaan sy dan sy jg perasaan awak
    awk hormat sy, sy hormat awk
    awk sayang sy, sy sayang awk
    nampak tak sama...
    kalau awak tipu , tak mustahil sy pon akan tipu awk...he he he

    mana yg baik kita ikut... mana yg tak baik tak mo ikut...
    tapi yg baik... mintalah keizinan dari suami nak berkawan dengan sesiapa...dibelakangnya... dan perkenalkan padanya...

    ReplyDelete
  8. kalau boleh nak kurangkan di alam maya.lebihkan bersosial di alam nyata

    ReplyDelete
  9. bagi dayah pula la kan, kalau kita bersama keluarga better jangan terlalu leka dengan sosial media. utama siapa didepan mata kita daripada bukan depan mata. then bila kita keseorangan bole jer kalau nak bersosial media bagai, tidak mengguris hati sesiapa..hehe just my oppinion la sebabnya family dayah memang pantang kalau bersama family, kita asyik dengan gadjet memang nak kena la..hehe

    ReplyDelete
  10. tahniah PcL ..Sama laaa jugak suami Lya jenis tak suka sgt bersosial kat luar ..sesekali jer laaa jumpa kawan2 lama ..tu pon takde laa time embun duk hujung rumput baru balik umah..Just lepak2 kejap jer jumpa sembang2 gtu laaa ...Tak penah la pulak takde masa bersama isteri dan anak2..

    ReplyDelete
  11. Berkemampuan, Tidak Dayus, Baik, Tidak Membebankan, Mempercayai Isteri, Bertanggungjawab,
    Mudah Memaafkan, Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah....masih dalm pencarian :)

    ReplyDelete
  12. wahhh piweettt hihih... Tahniah PCL dan akk..

    ReplyDelete
  13. Berkemampuan, Tidak Dayus, Baik, Tidak Membebankan, Mempercayai Isteri, Bertanggungjawab,
    Mudah Memaafkan, Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah.

    carikan yg macm ni untuk lela pcl . heheee

    ReplyDelete
  14. Tahniah PCL...hidup berumahtangga sememangnya ada pasang surutnya...barulah ada kemanisan hidup berumahtangga..hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.