Songkok atau kopiah?

Wednesday, July 01, 2015 PCL 8 Comments

Songkok hitam atau kopiah putih?

Kalau tanyakan pada mamaD, yang mana satu..dah tentu dia suka aku pakai songkok, alasan dia songkok tu lebih kepada orang muda dan kopiah bagi orang tua.. haha.

Kita tanya isteri kita sebab dia yang nampak dulu dari orang lain.  Seorang isteri, dia boleh nampak kat mana yang tak kena pada cara pemakaian suaminya. Isteri adalah perunding imej terbaik untuk suami Okay !

Pasal songkok atau kopiah, dua dua aku suka pakai bila nak ke masjid , ke surau atau kadang ke majlis kenduri.

Songkok hitam kena sesuaikan dengan baju melayu lengkap macam pagi tadi aku pakai sut lengkap, manakala kopiah (putih) pulak lebih selesa dipakai dengan baju melayu dengan kain pelekat atau berjubah.. memang kena sangat !

Tapi kadang ada masnya mamaD kata kalau aku pakai kopiah dah nampak macam lebai la pulak .
Takpalah... asal jangan jadi lebai malang sudah la...kan!

Mungkin suatu masa nanti aku selesa berjubah dan berkopiah selalu ala ala pak Arab siap berlilit serban kepala gitu, insyaAllah.

baru beli kopiah putih petang tadi ; terus pakai jalan-jalan di pasar ramadhan. :)




8 comments:

  1. kalau adik lelaki saya, dia lebih sukakan kopiah.. katanya, ringan sikit.. kalau special sikit, baru songkok.

    ReplyDelete
  2. suami saya lebih suka kopiah..tapi saya lebih suka die pakai songkok..hehe

    ReplyDelete
  3. pakai la songkok encik PVL. baru kacak bergaya

    ReplyDelete
  4. suami dan anak2 semua berkopiah.....ok jer....

    ReplyDelete
  5. org kedah panggil yang hitam Kepiah.. yg putih Ketayap. heheheh

    ReplyDelete
  6. 2-2 pun cantik kt mata kami. hehe, janji ada

    ReplyDelete
  7. Kalau popiah pun ok jugak.. Makan pun sedap.. Hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.