1 Syawal di kampung halaman

Saturday, July 18, 2015 PCL 1 Comments

Berahari Raya dgn suasan kampung memang best.. nyamannya..panas di luar rumah sejuk di dalamnya, sejuk sesekali bila angin sepoi bahasa bertiup.


Rumah pusaka arwah atok di bahagian atasnya, dan bila difaraidkan harta bahagian atok, abah kita dapat tanah dan bahagian rumah ni faham ke idok nih..? hal harta pusaka jangan buat remeh, kena belajar dan fahamkan.

Alhamdulillah.. rumah cantik dan nampak tradisionalnya. Bila ada bajet lebih masa tu abah renovate sebahagiannya  bahagian bawah rumah papan jadi batu simen .

Standard rumah kampung memang ramai yang buat design sama macamni, kebaikannya mampu menampung kebanjiran keluarga anak cucu bila adanya majlis keramaian. Pemandangan bahagian atas rumah dengan anjung memanjang dan luas.. anak cucu atok boleh main berlari-lari sambil hentak kaki.. sesekali atok tegur tapi lama-lama atok opah mengalah juga dengan gelagat cucu-cucu mereka.
"bukan selalu.. sesekali balik cuti panjang itulah ragamnya" atok opah layankan saja.

1 Syawal di kampung halaman

Hanis, Nina suka ambik gambar.. awal lagi dah siap untuk sesi ala ala fotoshoot family. Lokasi yang di cari di bahagian atas rumah dan beranda. Kalau tengok lokasi ni memang cantik dengan background dinding kayu.


Selepas solat sunat aidil fitri, kami sekeluarga berkunjung ke rumah saudara dan jiran. Berjalan kaki je beramai-ramai, baru ada rasa nikmatnya suasana beraya di kampung. Memang happening, jarang berlaku detik indah macam ni tapi kali ini jadi walau tidak dirancang awal. Kalau raya sebelum ni masing masing ada kekangan dengan  family sendiri.




Juadah Pagi Raya

Puas rasa walau sekejap masa berlalu. Apa pun yang penting giliran berhari raya perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Penuh sesak perut dengan makanan kerana mahu meraikan juadah pagi raya yang telah disediakan. Mak buat rendang daging, rendang ayam. Abah buat mee rebus, kiranya menu sama saban tahun dan sudah dikenali seluruh jiran tetangga..kalau nak mee rebus kenalah beraya ke rumah Pakteh Ismail pagi raya pertama.
psst.. asyik sangat bersembang pakcik dan makcik, hai juadah lah raya lupa nak snap gambar..

Raya korang macam mana pulak?


1 comment:

  1. Seronoknya beraya kat kampung. Rindu suasana kampung. T_T

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.