Ada sekelumit rasa?

Thursday, July 02, 2015 PCL 5 Comments

Nampak di sana sini orang menadah tangan, berdiri di tepi laluan dengan rayuan bersamanya sebuah tabung derma... mengharap sangat orang ramai berbuat amal menambah pahala di bulan mulia.

Bagi penderma ; "kita kalau nak sedekah bagi je la..jangan membebel..banyak bunyi ! ‪
#‎janganpertikai‬ dan anggap la ia ‪#‎sedekah‬" . TAPI tak semua orang sama..

Tetap ada sekelumit rasa oleh si tangan pemberi ?

gambar sekadar hiasan
Lokasi dari dalam Bank :
Apa lah orang sebelah aku ni rungutkan.... duit masuk tabung dah, dah tu...pong pang sini bising sana, dok tak puas hati dengan orang dalam gambar tu, silap tang mana ni?? hurmm mungkin terdetik di hati rasa kurang yakin dengan keikhlasannya.

Persoalannya : Perlukah kita selidiki siapa mereka? dan tujuan kita hanya untuk merebut pahala sedekah.



5 comments:

  1. pahala sedekah milik kita sebagai saham akhirat, hat lain biarlah Allah yang tentukan.. :)

    ReplyDelete
  2. tu la..derma tu..
    kena bagi seikhlas hati..sebab yang nak beri tu ialah kita..
    bukan orang tua tu paksa pun..kenapa nak ungkit2 apa yang kita dah beri..kan??

    ReplyDelete
  3. Tak perlu ena rasa. Kalau nak memberi, ikhlas. Kalau tak mampu, jangan menghina. Kalau dia menipu ke apa, itu urusan peminta sedekah tu dengan Allah.

    ReplyDelete
  4. Saya sering curiga...

    ReplyDelete
  5. CN tahu dekat maybank kan? hehe..sebenarnya bagi pendapat cn, kalau rasa curiga, tak perlu menderma, ni bila merungut2 kan dah hilang pahala menderma tu? rugi jer

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.