Anda seorang suami patut kena tahu bagaimana ?

Thursday, July 09, 2015 PCL 7 Comments

Perasaan Wanita

Bila bicara melibatkan perasaan hati seorang wanita dan juga isteri...

Pernahkah anda tahu?
Dia sering sangat sangat mempercayai suaminya hampir seratus persen, sehingga apa yang dilakukan oleh suaminya dia tidak ambil kisah. Buatlah apa suka asalkan jangan depan mata dia..., depan mata pun kadang tak apa, asalkan jangan bawa balik ke rumah ..hemm.

Padahal yang sebenar dalam hatinya adalah sangat risau dan ambil berat tentang suaminya namun tidak terkeluar dari mulutnya. Hanyalah hati yang selalu berkata-kata. Sabarnya dengan senyuman, sakitnay hati dengan tangisan.

Antara rela dengan tidak merelakan suaminya berhubung dengan wanita lain yang bukan mahramnya.
Anda kata anda bekerja dalam bidang itu, dan tak boleh nak elakkan harus ada apa yang dia curiga.
Relanya itu diteruskan kerana beranggapan suaminya itu adalah suami yang wajib dihormati dan dipatuhi. Dan hati yang tidak merelakan itu hanya tinggal di dalam dirinya yang semakin hari memakan dirinya.

Pernahkah anda tahu?
Bagaimana ia berlaku jika dia ditempat anda?
Anda marah?
Anda memaki hamun sumpah seranah?

Begitu jugalah dalam hati dan perasaannya.
Dia wanita..insan lemah.
Anda lelaki ...insan gagah.

Dia berdiam kerana menyanjungi anda.
Anda bising kerana adanya kuasa.

Sampai bila?  sampai bila dia memendam rasa..
sampai bila anda gila kuasa ?
Sampai bila..haruskah anda dikejutkan dengan musibahNya?

Isteri yang cantik dan bertaqwa, rumah yang luas dan rezeki yang cukup adalah nikmat yang sering dilupakan oleh kebayakan suami-suami orang.




7 comments:

  1. Subhanallah..
    Lumrah kehidupan

    Lelaki harus dihormati
    Perempuan harus ditindas???
    Sampai bila??
    Sampai bila??

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian ni PCL :D

    ReplyDelete
  3. betul tu... bila kami menangis dikatanya lemah, bila kami marah dikatanya kami ni meroyan.. Allahu... semoga bakal suami ena baik baik sahaja. Takut bila memikirkan

    ReplyDelete
  4. tu la..orang perempuan ni kalau buat apa2 serba tak kena.mengadu kata memalukan suami..tak mengadu ,makan hati..

    ReplyDelete
  5. ye suami2 sekalian hargailah yg ada depan mata yg setia bersama kamu. Andai dicalar perasaan ini, barulah akan rasa sebuah kehilangan...nice sharing

    ReplyDelete
  6. Saya kalu bergurau nak kawin lagi, habis teruk saya kena cubit..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.