Apakah anda menginginkan kebahagian?

Tuesday, July 14, 2015 PCL 5 Comments


Sembang dengan bos tadi masa keluar dengan dia.. "tak lama lagi boleh nak dapat menantu dah engko ni lee...aku tengok ko muda lagi...aku jugak nih anak baru sebulan dua.."

Bos kuat belajar... sampai kertua pon masih nak belajar lagi, hujung-ujung baru teringat nak cari isteri..lambat cara lambat lah ..haha aku senyum ja kat dia. Kesian bos banyak komitmen dah nampak serabut kepala aku tengok dia...tapi dia tetap cool. Tu pasal lelaki kebanyakannya nampak tua dari usia.. fikir macam-macam. Macam mana nak cari duit, macam mana nak hidup senang? ..benda ni semua kena lalui dulu...sambil kita harungi sambil kita perbaiki.


Kami sebenarnya ada projek...baru lepas tengok lori kayu bawak masuk kayu-kayu pallet second-hand. Ini yang aku pernah cerita dulu...aku ada projek buat rumah kucing / meja dan banyak benda lagi yang sekarang ni dalam proses. Alhamdulillah...projek rumah kucing mendapat sambutan, cuma aku dan partner je tak sempat nak terima tempahan baru...( kepada yang mesej/whatsapp tu terima kasih..)

Berbalik cerita anak tadi, ..aku ni kalau bab anak memang suka la sembang..konon macam boleh share bagi nasihat atau pandangan. Kita dah lalui dalam kehidupan seharian...kita juga banyak belajar dari orang lama..kita buka main serbu aje... perkara baik kalau boleh kita kongsi bersama.

Apakah anda menginginkan kebahagian?

Menginginkan kebahagian yang sebenar tidak perlu dicari jauh-jauh, depan mata boleh nampak ...kena buka mata seluasnya. Kebahagian sejati tu ada dalam diri sendiri, ada dalam fikiran yang inovatif, ada dalam khayalan indah, ada dalam kemahuan yang optimis..semua itu berada dalam hati yang penuh dengan kebaikan.

Okay... buat lah baik selalu. insyaAllah kita beroleh RahmatNya.

p/s.. buat kerja dengan penuh minat boleh datangkan kebaikan dan kebahagiaan.

5 comments:

  1. Hati yang baik , insyaAllah yang keluar jadi baik-baik.
    Terima kasih Tuan atas perkongsian.
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wah.. PCL sudah pandai bertukang. Tahniah. Berapa harga pallet 2nd hand tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut trip lori dan permintaan kayu.. biasa rm80-150 / lori 2 ton.

      Delete
  3. Bahagia tu dari dalam diri kita sendiri. Masalahnya bila kita sering salahkan orang lain jika tak capai kebahagian.

    ReplyDelete
  4. kamcengggg dengan boss ni.... hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.