Bermalasn hujung minggu jadi amalan atau alasan?

Sunday, July 12, 2015 PCL 3 Comments

Salam pagi hujung minggu..


alhamdulillah sejuk cuaca pagi ni, hujan pagi minggu memang dinantikan bagi sebahagian mereka yang suka memerap di atas katil dalam bilik tidur..Ingat lagi kalau masa budak-budak dulu, emak memang tak bagi kita sambung tidur selepas solat subuh.

Orang dulu tak suka bermalasan, anak-anak yang tertidur subuh dibangunkan supaya dapat membantu kerja rumah atau mentelaah buku pelajaran.

Kalau diteliti , dulu dan kini terlalu jauh bezanya cara didikan mereka terutamanya ibu bapa yang tinggal di kampung. Suasana sebegini jarang dijadikan ikutan bagi masyarakat yang dulunya juga dari kampung, kini bila dah berhijrah keluar, ada keluarga sendiri, budaya bermalasan dihujung minggu dah jadi kewajipan. Ada yang dengan alasan nak membalas 'dendam' seminggu  hari bekerja dan satu hari ini untuk bermalasan.

Rugi kalau tak tidur lebih di hujung minggu? alangkah nikmatnya... sampai ada yang tidur seharian untuk melepas geram.

Masing-masing ada cara sendiri, mungkin kalau kita masih lagi di kampung dengan suasana yang mendamaikan.. adakah kita masih amalkan apa yang dilakukan oleh orang tua-tua kita dulu..


3 comments:

  1. mamang alasan je la kalau dah hujan sejuk macam ni

    ReplyDelete
  2. Sangat jarang ibu bapa kita sambung tidur lepas subuh..kecuali kurang sihat..itu pun masih duduk di anjung rumah..tidak tidur..kalau ikutkan suasana di kampung lebih kuat tarikannya untuk berehat lebih panjang daripada membuat kerja lebih banyak..

    ReplyDelete
  3. Ena jadikan hari minggu ni hari untuk settlekan hal kat hostel seperti basuh baju ke, kemas bilik dan beli barang bilik.. hari lain memang tak larat dah, balik dari kerja terus pengsan

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.