Bersedekah Walaupun Sedikit

Monday, July 06, 2015 PCL 8 Comments

Dalam hati memang dok fikir apa yang aku boleh buat untuk menggandakan pahala di bulan Ramadhan mulia ini dengan cara paling mudah dan bersahaja.


Tabung Masjid

Kebetulan pergi masjid solat zohor tadi terlupa pulak bawak dompet.. seluk poket ingat nak isi sikit tabung-tabung yang ada disediakan . Ada tabung untuk anank-anak yatim, ada untuk kebajikan masjid dan ada satu lagi untuk khairat kematian. Ya, memang ada 3 buah tabung kesemuanya.
Lama dah aku nak tanya tapi tak tertanya pulak kepada sesiapa, soalannya ; di antara ketiga-tiga tabung tersebut  yang mana lebih afdhal ? ..haha lebih dari segi pahala sedekahnya kalau kita memasukkan duit .

Selepas solat sunat tahiatul masjid, sengaja aku duduk jauh sikit tapi masih nampak bayang tabung-tabung tersebut, niat aku nak perhati tabung yang mana menjadi pilihan jemaah masjid di sini.
Dalam sepuluh, lapan orang pilih tabung anak-anak yatim....kenapa?
Adakah pahala bersedekah untuk anak-anak yatim lebih dari yang lainnya?
Dalam reramai tu ada juga jemaah yang masukkan duit sedekah ke dalam tabung ke tiga-tiganya sekali...samada jumlahnya sama atau tidak, wallhu'alam.

Sejauh mana pemahaman  kita tentang amalan sedekah... ganjaran pahalanya?
Adanya pilihan untuk bersedekah ; pemahaman saya, tabung berbeza ini adalah cara untuk memudahkan pihak masjid membuat pembahagian hasil kutipan untuk kemana wang sedekah itu seharusnya disalurkan.

Soal pahalanya , sama sahaja... betul kah?
Di mana sahaja kita boleh infakkan harta atau wang sedekah kita, asalkan kita beri kepada yang memerlukan. Di tepi jalan, di pasar malam, pasar ramadhan..bersedekahlah tanpa rasa sangsi.. betulkan niat, insyaAllah pahalanya hanya Allah swt yang dapat tentukan melalui keikhlasan seseorang.


Bersedekah Walaupun Sedikit

Daripada ‘Adi bin Hatim RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,”Takutlah kamu semua kepada Neraka sekalipun dengan bersedekah dengan sebelah buah tamar. Sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik.”

Huraian Hadith:
Islam sentiasa mengingatkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan takut kepada azab api Neraka.
Bercakap perkara-perkara yang baik adalah sama ganjarannya dengan bersedekah walaupun sedikit.



8 comments:

  1. semoga amalan kita diterima olehNYA =) aminn

    ReplyDelete
  2. Nilai bukan ukuran..yang Allah nilai ikhlasnya hati kita memberi..

    ReplyDelete
  3. Bagus perkongsian ni PCL :D yang penting ikhlas dan tak menunjukkan

    ReplyDelete
  4. Bagus perkongsian ni PCL :D yang penting ikhlas dan tak menunjukkan

    ReplyDelete
  5. Sedekahkan kpd anak yatim bagus juga mereka sedekahkan DOA kepada kita.

    Sedekahkan ke Masjid...
    Selagi Barang yg dibeli dr duit sedekah kita beri... Kita dpt pahala

    Sedekah walaupun sikit janji ikhlas ;)

    Senyum selalu

    ReplyDelete
  6. jalan pasar ramadhan kan selalu ada org letak tabung.. buh je kat situ senang.. plg baik bg makan dekat org berpuasa.. takpe kita sedekah apa yg mampu

    ReplyDelete
  7. nilai banyak atau sikit yang penting nawaitu kena ikhlas..

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah PCL.., akan menjadi pedoman pada saya.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.