#Cabaran20Hari | Bajet Raya

Wednesday, July 08, 2015 PCL 3 Comments

#Cabaran20Hari , Day 12

Bajet Raya

Kita yang dah berkeluarga ini selalunya dan sepatutnya lebih mengalah kepada anak-anak sebab kita dah cukup dewasa untuk beraya sakan macam zaman kanak-kanak kita dulu. Biarlah depa pulak merasa apa yang kita rasakan dulu. Orang tua-tua kita dulu pon buat yang sama, seboleh-bolehnya nak ikut semua kehendak anak-anak terutamanya bab persediaan hari raya. Masa tu anak tak fikir pasal 'bajet' ..bajet pon entah tau tidak? Baju raya baru, kasut raya baru dan segalanya baru. (Dapat sepasang pon jadik lah masa tu...dulu-dulu)

Kalau di zaman kanak-kanak kita dulu, suka dan seronok sesangat rasanya dan sekarang giliran kita pulak untuk mengembirakan hati anak-anak kita.
Bajet utuk beli baju kanak-kanak memang dahsyat ! , apa tidaknya, dengan harga pakaian kanak-kanak (anak aku dah remaja) lebih kurang harga pakaian orang dewasa malah kadang tu lebih mahal .. fikir 2, 3 kali nak beli; Ada barnd ada harga , ada berani boleh dekat, ada duit semua boleh beli...hurmm.


Bajet tinggal bajet, jika hati anak sudah berkenan yang satu..yang itu jugaklah kehendaknya..kalau tak dituruti merajuk pulak nanti. kalau ikutkan hati bapaknya ...biarlah, ikutkan saja..tapi naluri ibu lain macam sikit, pandai pulak mama pujuk anak-anak..tak dapat ini dijanjikan yang lain. Kalau dia boros belanja kita patut tegur walau duit itu bukan datang dari kita, dan macam tulah sebaliknya..suami dan isteri saling menegur untur mengigatkan.

Terpulang kepada ibu bapa macam mana nak handel bajet. Ada ibu-ibu suka berhabis hanya untuk membeli pakaian anak yang berjenama dengan alasan kain sedap pakai dan cantik. Tak lama pon boleh pakai sebenarnya..tapi untung kalau ada adik, boleh bagi kat adik pulak mewarisi..itu pon kalau nak bajet la. (jangan perlekeh ya..ada orang buat dan aku jugak pernah buat). Kita nak bajet berjimat macam tu lah..lagipun dedua anak pcl perempuan tengah giler berfesyen... Orang kata ; "kamu tu anak tak ramai boleh belanja mewah..manjakan anak-anak" (Jawab aku dalam hati...pandai-pandailah merancang) . Rezeki anak-anak tetap ada insyaAllah..jangan kedekut berbelanja tapi biarlah kita ajar anak berjimat, buat bajet nak berbelanja dan jangan main beli jer bila ada duit..

Bajet Raya kalau nak buat jangan tergesa..cuba racang awal, shopping sikit dan simpan..guna bila tiba waktunya.
Boleh gitu...Bajet raya tahun ini alakadar saja, berbelanja biarlah mengikut keperluan bukan kehendak nafsu.

Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :

Entri # Day11 :
http://www.nazlee.com/2015/07/cabaran20hari-pengalaman-manis-di-bulan.html

#Cabaran20Hari, #Day12 #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari.

3 comments:

  1. Hihi. Betul tu pcl. Ibu dengan abah nani pun macam tu. Selalu lebihkan anak2 bila raya ni.

    ReplyDelete
  2. Yang single ni pun baket raya kena ade PCL.. haihs.. xsama dh cm dlu2 semua mak ayah yg sediakan..

    ReplyDelete
  3. kalau baju baby2 tu memang saya simpan untuk adiknya..beli pun yang berkualiti dan mahal..tapi kalau baju2 zaman dah besar ni beli mana yang sesuai dan harga berpatutan la..nak simpan kat adik2 nya pun rasa macam fesyen nya dah ketinggalan pulak..lagi2 kalau untuk nak pakai raya,,.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.