#Cabaran20Hari : Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Thursday, July 02, 2015 PCL 8 Comments

#Cabaran20Hari , Day 06

Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Paling manis tatau nak habaq, banyak perkara yang manis-manis dalam hidup tu pasai senyum selalu tiap hari, ikhlaskan hati dah boleh dapat pahala sedekah. Alhamdulillah.

Di antara yang manis-manis di bulan puasa yang sudah-sudah adalah dapat memenuhi ;
menu anak-anak dan isteri dengan memasak guna tangan sendiri. Bukan nak bangga diri, tapi nak bagi contoh terbaik dalam kehidupan berkeluarga..korang nanti suruh-suruh la laki bantu kat dapur, ni la masanya nak buat amalan baik dan dapat pahalanya berganda-ganda.

Tak ada alasan, kalau suami cakap tak reti buat keja dapur..sebenarnya kaum bapa perlukan dorongan, pujian dari anak isteri. Pesanan saya, kalau masakan suami buat tak berapa sedap atau tak memenuhi kehendak kebiasaan korang makan...jangan la mengata macam-macam pulak, pandai-pandai la nak ambik hati. Kalau sedap puji lah sepenuh hati.. sekali korang bagi pujian , sepuluh kali keinginan nak buat lagi.

Hanis suka jus carrot, berbuka puasa hari ke 13 pcl dah buatkan. Hanis juga suka char koew teow, 9 Ramadhan dah penuhi permintaan dia.

Nina pulak suka nasi goreng, tapi dia tak ada kat rumah sekarang... ikut kebiasaannya dia suka nasi goreng, mee goreng. Nasi dengan telur masak kicap.
MamaD, bila hari tak larat dia akan mintak buatkan air kegemaran...teh tarik 3 layer!

Semua perkara kalau buat sama-sama akan jadi manis dan indah belaka. Nak cerita yang manis memang tak akan habis..

#cabaran20hari


Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :


Entri #Cabaran20Hari Day05 :

http://www.nazlee.com/2015/07/cabaran20hari-pengalaman-pahit-di-bulan.html

 #Cabaran20Hari, #Day04 #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari

8 comments:

  1. hari-hari adala hari bahgia.. untung nina dan hanis dapat abah yang sporting =)

    ReplyDelete
  2. pcl bila nak buat carrot susu kat saya hehehehehhe

    ReplyDelete
  3. Tak ramai laki yang rajin memasak sekarang ni melainkan diaorang tu chef. Hahahha. Kipidap PCL!

    Anyway, jemput join giveaway saya. Link entri giveaway boleh tekan pada nama saya saja. Nanti akan terus direct ke entri giveaway tu. Thanks

    ReplyDelete
  4. Pewitttt PCL Pandai Masak tu...
    Moga Bahagia bersama Family yg senantiasa ceria...

    ReplyDelete
  5. ye betul..suami pun kena buat jugak..malah kalau boleh berebut2 nak buat..nak kumpul pahala.asyik sibuk dok suruh bini ja berkhidmat kumpul pahala ,yang dia tu tak mau pahala ka..kan??heheh

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,
    sila kumpul pahala banyak2

    ReplyDelete
  7. mmg untung bila pandai masak, macam cn bila rasa malas tu, mmg buat2 tak larat dan minta suami masakkan..hehe

    ReplyDelete
  8. bertuah nya mama D dan anak2

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.