#Cabaran20Hari : Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa
#Cabaran20Hari , Day 05Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa tahun 1997
Sesuatu yang pahit dalam kehidupan, emm macam malas nak ingat perkara lalu...payiiit sangat kot!Tapi takpe untuk kali ini aku kongsikan.
Siapa yang pernah lalui zaman kemerosotan ekonomi negara?
Krisis Ekonomi yang melanda dunia Asia pada tahun 1997-1998 telah menjadikan negara-negara di serantau Asia kucar-kacir. Malaysia juga merupakan salah satu negara tersebut.
Kita ni hidup masa tu baru nak membina kehidupan berkeluarga bersama Puteri Diana (sekarang mamaDiana). 'Kawen muda' tapi kira yakin dah matang la nak jadi suami orang... "sendiri punya keyakinan tinggi untuk ambik anak gadis orang jadi isteri". Untung duit tabungan sebelum majlis perkahwinan dah siap awal-awal lagi...bangga jugak sebab aku tak buat pinjaman dari mana-mana pihak.
Pengalaman pahit orang baru kahwin
Okay terus kepada topik Pengalam Pahit masa tu ;Duit tabungan makin susut sebab bajet cukup-cukup sampai lepas majlis, ingat nak recover selepas cuti panjang. Tup-tup negara pulak dalam kegawatan ekonomi. Kita masa tu kerja sektor swasta, Kerja Kilang Syarikat Jepun. Pagi petang siang malam jumpa boss dok angguk-angguk kepala..taat betul ! Kerja bagai nak mati demi sesuap nasi...masuk subuh keluar malam, tak berdunia dengan masyarakat langsung.
Bulan puasa banyak mengajar erti kesabaran, bayangkan semasa ekonomi negara gawat, semua orang terkesan. Belanja dapur kena catu. Orang yang berhutang beli rumah nak bayar bulanan, Berhutang beli kereta nak bayar bulanan pinjaman bank dan macam-macam lagi. Pahitnya di situ... semua perlukan duit. Orang tak tahu kalau kita tak cerita, termasuk keluarga sendiri.. kita mampu hidup berdikari walau pun agak sengsara. Orang nampak yang manis-manis di luaran ; ada kereta, ada rumah dan ada isteri yang membahagiakan,
Kebanyakan pasangan yang baru kawen mesti nak berbulan madu, (planning kami selepas raya) tapi... tapi sedihnya, Bulan Madu kami tidak kesampaian...hurmm agak sedih jugak target tak jauh mana Langkawi je pon. Masa tu kita fikir apa yang lebih penting dan tak boleh nak membazir duit.
Rezeki hidup berumah tangga walau dugaannya sentisa melanda, kalau tak cukup kuat mental masa tu macam-macam perkara boleh berlaku. Sebab duit rumah tangga musnah, sebab duit hubungan keluarga terputus, sebab duit juga manusia boleh hilang pertimbangan.
18 tahun sudah kini kami bersama ~ alhamdulillah KLIK |
Setelah lapar pasti ada kenyang, setelah haus pasti akan hilang dahaga, setelah sakit pasti ada sihat dan setelah fakir pasti ada kaya. Kepahitan itu selalu diiringi oleh kemanisan selepasnya. InsyaAllah perancanganNya adil dan saksama dan tidak dapat digangu-gugat sesiapa melainkan hanya Allah swt.
(Okay..jangan la baca serius sangat...cool blog)
Semuanya berlaku dalam bulan puasa yang penuh barakah, bulan puasa menuju ke hari bahagia kami... bermula dengan pengalaman itu, wujudnya semangat kesetiaan yang makin kuat hari ke hari sebagai pasangan hidup sehingga ke saat ini. Doakan kebahagian kami berkekalan hingga hujung nyawa.
Terima kasih, Alhamdulillah.
Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :
Entri #Cabaran20Hari Day04 :
http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari-menu-wajib-bulan-puasa.html
#Cabaran20Hari, #Day04 #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari
semoga kekal berbhgia selamanya...kegawatan ekonomi 1997 merencatkan semua perancangan kehidupan...efeknya kak rasai hingga kini xpulih lagi.
ReplyDeleteai is tengok gambar jaa.a...romantik nah...hihihii
ReplyDeleteSetiap ujian punyai nilainya. Membuatkan kita lebih cekal di kemudian hari. =)
ReplyDeleteZH Blogger
pahit ni PCL ;)
ReplyDeleteSekarang,kita mengalami kemerosotan ekonomi sekali lagi T.T
ReplyDeletedah merasai PCL.. dugaan baru berumah tangga..betul2..hehehe... laa ni tengah ekonomi gawat jugak kan.. takut!! sebab ada yg dah diberhentikan kerja, kilang tutup.. allah..sedihnya..dah laa nak raya
ReplyDeletemesti susah kan time ni . mase ni lela baru je umur 3 4 tahun .
ReplyDeleteNak senang bukan senang tapi selagi kita berusaha InsyaAllah pasti ada jalannya.
ReplyDeleteMacam saya, puasa kali ni rasanya banyak pahit dari manis :(
semoga jodoh pcl dan mamaD kekal hingga ke jannah, insyaAllah
ReplyDelete