Group photo : Majlis Tautan Mesra Aidil Fitri Bloggers 2015

Monday, July 27, 2015 PCL 9 Comments


Program semalam sangat happening...sampai buatkan mamaD naik pening kepala sebab kepenantan. Maaf lah ye para tetamu atas kekurang dari pihak kami sekeluarga selaku tuan rumah majlis potluck hari raya anjuran group 'orang lama' . Bila bergambar baik duduk maupun berdiri , pcl rasakan memang muda selalu aha..ha.. jangan la cemburukan saya uncle gedek , rasa penat pon tak... entah la apa benda pcl telan sebelum hari kejadian buatkan tenaga dalam diri berlebihan semacam jek....hepi nak bergathering agaknya.

Grup foto blogger Orang Lama

no worry, jiwa kita semua tetap muda walaupun IC dah tua sebenarnya. Happening.. Anda semua memang sporting. MamaD menjamu anda semua dengan Nasi Lemuni herba awet muda..insyaAllah kalau tak muda pada rupa jiwa tetap muda . maklumlah kan, kami dah selalu makan..


Grup foto blogger Orang Muda



Ini pulak group 'orang muda', sebahagian yang datang selepas jam 5pm, tak dirancang tapi diorang ni memang suka datang lewat kecuali ada event berbayar haha (gurau ea).. Bila bergambar diri sebelah sebelah sitinggi lampai , pcl dan mamaD nampak ketot pulak.. Ya..kami memang kecik saiz tapi sangat berbesar hati dengan kehadiran anda semua memeriahkan majlis. Sila jangan serik...dan jemputlah datang lagi jika ada kesempatan .

Sebenarnya tiada beza antara kita, baru atau lama hanya sekadar istilah ganti nama sahaja..yang penting ukhuwah terbina sentiasa berpanjangan hingga hujung nyawa Insya Allah dalam dunia maya mahupun di luar sana..


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga mereka yang telah berniat nak hadir tapi tak kesampaian. Anda semua memang sporting.

Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin.


9 comments:

  1. meriahnya open house PCL .... maaf tak dapat hadir hari tu

    ReplyDelete
  2. maaf pcl, x dapat hadir..bateri phone kong..baca msg pcl pon dah lewat malam.. huhu..

    ReplyDelete
  3. TK atas jemputan dan Nasi Lemuni

    ReplyDelete
  4. Wahhhh seronoknya...meriah ni..

    ReplyDelete
  5. bestnya kak ana balik kampung semalam.. spot mommy irra :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas jemputan..1st time makan nasi lemuni..sedapp

    ReplyDelete
  7. Naasik lemuni memang champion! Anak uncle tambah tu! haha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.