Hebatnya ibu bapa aku dulu

Friday, July 03, 2015 PCL 6 Comments


owh PT3 tetiba !! ,  Pentaksiran Tingkatan 3 .. aku baru balik dari jumpa cikgu kelas Hanis, ada perjumpaan ibu bapa dengan guru dan tanda tangan kad kemajuan pelajar. Tidak mengecewakan keputusan Hanis, kemajuan pencapaian anak-anak harus dipuji sebagai perangsang. Tapi dalam masa sama ada beberapa perkara perlu ditekankan.

Hebatnya ibu bapa aku dulu
Hanis dan kakanya Nina

Cikgu subjek Sains kelas Hanis kata, Anak aku ni tak banyak berinteraksi dalam kelas, kalau boleh latih dia dan perbaiki lagi mungkin boleh lebih maju . Dia memang suka subjek Sains macam abah dia ni dulu, selalu dapat A tapi periksa kali ni Hanis tak skor A pulak, hanya dapat B.

Dan satu lagi subjek Sejarah...adoi lah, kesian bebudak kelas tu, semuanya markah sikit walau lulus tapi tetap tak memuaskan ..sedih bila tanya Hanis, apa sebab jadi macam tu...dan dan kata hanis, cikgu yang ngajar tak serius, asyik cerita bab kampung dia aje... (masalah ni, macam tak percaya je apa Hanis cakapkan). Tapi ada sikit betul sebab tengok keputusan subjek Sejarah semua murid tak skor masalahnya !

Tak sempat jumpa cikgu subjek berkenaan. kalau tak nak tanyakan jugak.
Murid pon tak leh nak percaya apa depa kata tu betul 100 persen, sebab tak suka subjek berkenaan pon iya jugak jadi penyebab tak boleh skor A. Tak ada minat pon boleh jadi sebab.. nak menghafal fakta sejarah memang susah cuma kena ada teknik belajar.

Orang  beranak kecik dengan masalah anak keciknya, bila anak dah bersekolah
Orang anak sekolah dah besar remaja dengan maslahnya..
semua ada masalah dalam perjalanan hidup..Kadang nak merungut tapi bila difikirkan...tak perlu kot, semua orang ada masalah. Ingat mak abah kat kampung...mesti depa dah lalui semua ini. Terbukti berjaya mengharungi masalah biasa dengan jayanya.

Macam tu lah mak bapak kita dulu, nak didik anak-anak menjadi orang berguna, nak cari nafkah keluarga...semuanya dapat dilalui. Hebatnya orang tua-tua kita dulu dengan pengalaman mendidik anak-anak. Hebatnya ibu bapa aku dulu ; Orang dulu memang hebat, ibu bapak kita memang hebat !

Kalau kita berjaya, suatu hari nanti pasti dia juga akan cakap perkara sama .."Hebatnya ibu bapa aku dulu" (insyaAllah)
(sentiasa mendoakan kejayaan dan berkat doa dari ibu bapa)





6 comments:

  1. Alhamdulillah..menyedarkan saya akan pentingnya perhatian kita pada anak2 kita..sekali pun mereka dah besar.perhatian lagi besar. Allahuakhbar... thanks perkongsian ni.. betul.ibubapa kita sangat hebat.. dan puan juga hebat.

    ReplyDelete
  2. Cikgu hanis cerita sejarah kampung dia??..Allah..berkat kesabaran ibu bapa..kesungguhan anak anak menuntut ilmu..ketekunan guru yang serius dalam mendidik in sys Allah kejayaan dan kecemerlangan dapat dicapai..

    ReplyDelete
  3. hebat sungguh ibu bapa kita =) tak tahu macam mana diorang lalui kehidupan yang penuh dengan dugaan ni, tambah2 nak membesarkan kami adik beradik yang macam2 perangai

    ReplyDelete
  4. normal la PCL, bukan semua cikgu mampu mengajar dengan 'betul' dan ikhlas, yg penting pelajar kena bijak belajar sndiri dan berjumpa guru-guru lain, mcm CN, ramai gak pelajar kelas lain duk bertanya pasal PT3 geografi dengan alasan tak faham cikgu dia ajar apa.. ;)

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Ibu bapa kita memang terhebat. Mereka mampu segalanya. Hingga kita jadi orang yang hebat

    ReplyDelete
  6. bagus pcl ambik berat pelajaran anak2..doakan saya jugak macam tu nanti.. =).. yoorin pon ada adik nak ambik PT3 tahun ni.. adik yg bongsu..lelaki..tapi dok main je..haish..geramm

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.