Iklan Raya TM2015: #PakcikMisteri bukan PakcikLee ?

Tuesday, July 28, 2015 PCL 11 Comments

Dulu ada jugak kawan aku perangai macam Azura nih, bila sesekali mintak dia belanja bayarkan makanan ada saja helah dia..nampak sangat kedekut dia. Bila tengok video TM ni mengigatkan aku kisah lama..mudah-mudahan kawan aku tu sekarang ni sihat dan beroleh rahmat dalam hidupnya..lama dah tak jumpa.


Iklan RayaTM2015

Korang boleh tengok video Iklan RayaTM2015 ni, ia juga merupakan kempen klik untuk menderma. Boleh buat amal sambil tengok drama pendek, caranya mudah hanya perlu ikut arahan. Klik anda akan dikira sebagai jumlah syiling terkumpul yang dikira sebagai sumbangan anda.

Cara mudah, korang pergi ke halaman https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/  , kemudian tekan "JOM MULA"...dan klik ikut arahan seterusnya. Tersangat mudah !

Syawal dah nak habis dah.. kalau anda dah tonton video dan klik, jangan segan dan lokek...lapangkan masa, korang boleh buat berkali-kali selagi kempen ini berjalan.

Iklan tersebut bukan iklan biasa, tapi ianya penuh masej dan bukan sekadar menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua. Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri ini adalah iklan yang berupa kempen kebajikan yang dianjurkan oleh TM untuk membantu beberapa pertubuhan yang memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan mereka, Di antaranya adalah Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, A Munrah Pendang Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Komuniti Digital TM).

#TMRaya2015 #OrangMemberi #KitaMerasa #PakcikMisteri bukan pakciklee #AgakAgakBerapa pada pos anda? Klik anda boleh memeberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang individu. Bantuan Anda amat dihargai!

11 comments:

  1. Singgah sini..
    Selamat hari raya..
    Oh..done klik...
    semoga sedikit sebanyak ianya membantu =)
    Jom singgah my blog http://seindahcerita.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hr raya Nieyl.. rajin singgah komen pcl masuk link dlm blog list pcl..ok Tq.

      Delete
  2. best video ni penuh makna..
    sedih pulak tgk pakcik misteri tu.. mulia sungguh hati dia :)

    ReplyDelete
  3. Ok...jom klik sampai lebam...hehe

    ReplyDelete
  4. Moga nama sama..perangai jangan sama..adoiii..

    ReplyDelete
  5. jom sama² menderma.. klik!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.